Seorang rakan kepada vendor Hoorrey X Fest Raya yang dibatalkan saat akhir di WTC, merayu orang ramai agar membeli 1,000 baju raya yang sudah dibeli untuk acara itu.
“Ini kawan saya. Musim Raya dia berniaga Baju Melayu. Niat nak masuk event Hoorray XFest di WTC. Berbekalkan lebih 1,000 helai, dia buat modal untuk berniaga 3 malam terakhir sebelum Hari Raya.
“Tapi kena scam pula. Janji tak ditepati….Nama Boy Iman akhirnya disebut sebagai individu disebalik event. Hilang entah ke mana. Lebih 100 vendor terkena. Mana nak jual baju-baju ini?, ” tulis rakannya di akaun TikTok @peacestachio
Rayu rakannya, “Saya tak minta banyak, bantu kawan saya. Share..like..kalau pun tak beli biar viral biar dia berjaya habiskan stock yang begitu banyak sekali…saya tahu dia ketawa tapi dalam hati ..
Vendor itu akan berniaga jam 4 petang sampai 2 pagi di Stesen Minyak Lotus Ampang. Boleh datang fitting. Cara ini sahaja saya boleh bantu, tulisnya lagi.