PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang wanita yang juga pengarah serta penganjur festival membeli-belah sempena Syawal, Hoorrey X Fest Raya di Pusat Dagangan Putra (WTC), di ibu negara ditahan bagi membantu siasatan berhubung acara berkenaan yang dibatalkan saat-saat akhir pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua suspek berusia antara 50 hingga 51 tahun itu ditahan selepas polis menerima enam laporan berhubung perkara itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu atau sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Karnival jualan raya di WTC dibatalkan tiga jam sebelum berlangsung sekaligus menjejaskan peniaga kecil dan menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd yang juga penganjur karnival itu, Datuk Mohammad Aliff Hakim dilapor berkata, situasi itu berpunca daripada bayaran untuk lokasi acara tidak dapat dilunaskan kepada kontraktor untuk penyediaan tapak niaga.
Mohammad Aliff yang mengadakan pertemuan dengan peniaga-peniaga yang terkesan Selasa lalu memaklumkan mereka akan mengembalikan wang dalam tempoh tujuh hari dengan mencagar keretanya.
Beliau secara tiba-tiba menyatakan bahawa Boy Iman atau Norul Iman Abdul Rahman merupakan penganjur utama dalam acara ini.
Tambahnya, dia hanya mengikut arahan dari pihak atasan.
Makluman tersebut mendapat kecaman daripada pihak vendor yang rata-rata sangat tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihaknya.
Lebih 200 vendor terbabit berkumpul di PWTC sejak jam 2 petang menuntut bayaran tapak niaga antara RM1,500 hingga RM80,000 setiap seorang yang dibayar kepada Tenview agar dipulangkan.
Boy Iman yang ditunggu-tunggu muncul tidak muncul malah difahamkan sudah berada di Singapura.
Terdahulu, peniaga-peniaga yang sudah menempah gerai jualan raya di karnival itu berang apabila ia dibatalkan saat akhir.
Pengumuman itu dibuat pihak WTC yang turut tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian ditanggung.