Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy tidak percaya ramalan bahawa Perikatan Nasional boleh merampas Kerajaan negeri Pulau Pinang dengan undi Melayu pada PRN yang akan datang. Ini disebabkan analisis itu tidak mengira pencapaian pencapaian Kerajaan negeri Pulau Pinang (PH).
Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyatakan kenyataan P. Ramasamy ialah tidak benar kerana tiada pencapaian yang telah dibuat dalam masa 15 tahun oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang.
Beliau memetik bahawa Perikatan Nasional tidak akan bergantung kepada undi kaum tertentu untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang. Sebaliknya, Perikatan Nasional akan cuba sedaya upaya untuk meraih sokongan rakyat daripada semua kaum pada PRN nanti.
“Sejak 15 tahun lalu, Kerajaan negeri Pulau Pinang hanya membuat janji kosong. Contohnya, rancangan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang dicadangkan oleh PH semasa berkuasa di Pulau Pinang masih dalam perancangan dan belum bermula lagi.”
“Projek Terowong Dasar Laut yang dipromosikan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini pun telah bertukar menjadi kes rasuah. Untuk pengetahuan semua, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dominic Lau berkata, selain daripada Lim Guan Eng, V. Sivakumar juga terdapat kes pengambilan pekerja asing yang hampir 100 juta ringgit dalam tempoh 5 bulan selepas menjadi Menteri Sumber Manusia. Dalam kes ini, Pegawai Khas Menteri telah digantung, dan V. Sivakumar enggan mengambil cuti sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadapnya.
Selain itu, pegawai Kerajaan negeri Pulau Pinang juga semakin angkuh. Sebagai contoh, dalam isu “Perkampungan pekerja asing”, kerajaan negeri itu mengabaikan kebimbangan rakyat.
Ketika penduduk mengadu mengenai isu pekerja-pekerja asing yang telah menimbulkan banyak kekacauan, seperti masalah lalu lintas, bising, keselamatan, tetapi pegawai kerajaan berkata, penduduk perumahan itu perlu belajar untuk menerima dan tinggal bersama mereka. Jawapan yang diberikan hanyalah nasihat kosong dan akan menyebabkan penduduk di kawasan itu kecewa sahaja.
Dominic Lau juga menegaskan bahawa Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 yang dirangka oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang tahun lepas pun masih mempunyai banyak kesilapan. Malah, nama Menara Jam Memorial Queen Victoria mempunyai kesalahan.
Selain itu, rakyat Pulau Pinang juga menghadapi banyak masalah, termasuk mereka mempunyai isu tekanan air rendah di kawasan Seberang Perai Selatan sejak 3 tahun lalu.
“Pada pukul 2:00 pagi hingga 4:00 pagi, penduduk terpaksa bangun untuk mengisi air. Walaupun penduduk telah membuat aduan berkali-kali, tetapi Kerajaan negeri Pulau Pinang masih tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Kini kapasiti efektif 2 empangan Pulau Pinang telah menyusut kepada hampir separuh”.
“Pada 1 Januari lalu, kadar efektif Empangan Air Itam merekodkan 82.5 peratus namun ketika ini ia menyusut kepada 49.5 peratus; Situasi sama turut dialami di Empangan Teluk Bahang yang merekodkan kapasiti 64 peratus awal tahun lalu kepada 50.7 peratus.”.
Beliau berkata, jika musim kemarau berlanjutan, Pulau Pinang mungkin akan menghadapi masalah kekurangan air.
“Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa mempromosikan Agenda Hijau Pulau Pinang, tetapi alam sekitar di Pulau Pinang semakin merosot sejak 15 tahun lalu. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, terdapat banyak isu tanah runtuh yang serius berlaku di negeri ini. Ini merangkumi Bukit Kukus, Tanjung Bungah, tapak pembinaan di Tanjung Bungah”.
Ini menunjukkan bahawa keterlaluan pembangunan Pulau Pinang telah mencecah tahap bahaya, tetapi Kerajaan negeri Pulau Pinang hanya tutup telinga.
Beliau turut menunjukkan bahawa banyak kontroversi mengenai kelulusan Projek PSI. Ini juga menunjukkan kerajaan negeri bertekad menjalanka projek ini tanpa mengira tentangan daripada organisasi alam sekitar dan rakyat negerinya.
Di samping itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga tidak merancang pembangunan negeri Pulau Pinang dengan betul sejak 15 tahun lalu. Ini telah membawa ketidakseimbangan yang serius dalam pembangunan Pulau Pinang (Pulau) dan Seberang Perai.
Dominic Lau turut mempersoalkan pada P Ramasamy, adakah semua isu yang disebutkan di atas itu yang dipanggil “pencapaian”?