KUALA LUMPUR – Penyanyi kontroversi, Baby Shima menepis dakwaan kononnya dia mempersendakan agama berhubung kenyataan mengenai konsert kumpulan Coldplay.
Shima berkata, konsert yang disebut adalah secara umum dan ia sebahagian daripada hiburan.
“Konsert Coldplay telah pun di luluskan oleh kerajaan. Di Malaysia ini pelbagai agama dan bangsa yang ada, kita masyarakat majmuk.
“Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita merdeka dan pilihan atas diri dan pendapat masing-masing.
“Saya bukannya orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan apa yang haram,” katanya.
Shima berkata, apa yang disampaikan itu hanyalah pendapatnya sahaja.
“Mungkin disebabkan saya tiada ‘tittle’ PU saya tak boleh suarakan pendapat? Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap? mana yang bab menghina agamanya?,” katanya lagi.
Shima berkata, tuduhan dia menghina agama, mengeluarkan fatwa dan fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.
“Saya hanya menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum.
“Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert. Tiada keperluan menyerang saya membuta tuli.
“Janganlah kita rasa mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua pendosa.
“Alangkah baiknya jika pihak-pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan,” katanya.
Shima berkata, dia sudi dan bersedia menerima teguran dan bukan serangan tanpa usul periksa.
Katanya, dia akan merujuk kepada pihak peguam, sekiranya perlu untuk di ambil tindakan susulan.