KUALA LUMPUR – Universal Music Malaysia telah menganjurkan acara “Music is Universal” yang berlangsung di the Tap Room KL, yang terletak di Bamboo Hills pada 17 Mei lalu.
Acara yang bermula tepat jam 7.30 malam itu menampilkan persembahan menarik oleh artis-artis berbakat dari Malaysia dan Indonesia.
Objektif utama acara ini adalah untuk menghubungkan syarikat-syarikat Universal Music serantau, mengetengahkan bakat-bakat Universal Music Malaysia dan memberikan peluang kepada warga kerja serta artis Universal Music Malaysia untuk bertemu dan meluaskan jaringan hubungan dengan individu dari cabang-cabang Universal Music serantau.
Semua jemputan termasuk wakil dari Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan juga Thailand.
“Music is Universal” juga turut menampilkan persembahan dari artis-artis Malaysia dan Indonesia, sambil menampilkan kepelbagaian muzik yang kaya di Asia Tenggara.
Selain itu, beberapa pertandingan juga diadakan buat peminat, dan ia memberi mereka peluang untuk bertemu selain menikmati persembahan daripada artis.
Music is Universal adalah sebuah konsert yang menggabungkan pemuzik berbakat dari aneka genre dan latarbelakang sambil menampilkan bunyi serta gaya mereka yang unik.
Tahun ini menampilkan barisan artis luar biasa, termasuk DOLLA, Airliftz, dan Mikha Angelo.
Selain artis-artis berbakat ini, “Music is Universal” juga menampilkan beberapa orang DJ berbakat iaitu DJ Reeve, Alicia Fireheart dan MC Millo yang menyediakan muzik sepanjang acara.
Secara keseluruhan “Music is Universal” menjanjikan satu acara yang luar biasa dengan penampilan artis serta DJ berbakat dari Malaysia dan Indonesia.