Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyatakan komitmen dan kesungguhan kami untuk membantu golongan belia bergerak ke arah kesejahteraan ekonomi masa hadapan dengan memilih latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan utama di samping memartabatkan latihan TVET Malaysia di persada antarabangsa.

Justeru itu, dua inisaitif baru PKPB iaitu “Sekolah Ke Kerjaya (SKK)” dan MalaysiaChina Youth TVET Training 2023 telah di lancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2023 di Port Dickson semalam.

Turut hadir sama ialah YB Hannah Yeoh Menteri (Menteri Belia dan Belia dan Sukan), YB Adam Adli Abd Halim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan Tan Yu Chyan (Pengurus Besar TANG International Education Malaysia-China).

Sekolah Ke Kerjaya (SKK) adalah suatu program perkongsian pengalaman pakar-pakar industri pelbagai bidang yang berjaya dalam bidang TVET turun ke lapangan menginspirasikan belia bersekolah menengah untuk melihat latihan TVET menjanjikan masa hadapan yang lebih gemilang walaupun mungkin ada yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik.

Untuk tahun 2023, sebanyak 50 buah sekolah seluruh negara di sasarkan dengan penglibatan 25,000 pelajar sekolah menengah Tingkatan 3 hingga 5 tanpa mengira latarbelakang akademik. Namun, keutamaan adalah kepada mereka yang mempunyai kelainan minat (tidak meminati aliran akademik) agar mereka sedar adanya peluang kedua untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka.

Manakala program MalaysiaChina Youth TVET Training 2023 yang di lancarkan semalam juga adalah suatu suatu platform kepada para belia berkemahiran untuk mempertingkatkan kemahiran serta meraih pengalaman industri di China melalui tawaran Belt & Road Initiaitive (BRI) yang di tawarkan oleh Kerajaan China melalui institusi TVET di negara tersebut.

Kumpulan pertama seramai 20 orang belia berkemahiran dari Gemilang Motor Academy (GMA) akan di terbangkan ke China pada awal Julai 2023 bagi mendalami peningkatan kemahiran bidang Teknologi Electric Car (EV) Automotive.

PKPB mensasarkan sehingga akhir tahun 2023 seramai 2000 orang belia berkemahiran pelbagai bidang yang mempunyai kelayakan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia akan di hantar menjalani latihan di institusi TVET dan industri di China.

Para pengajar TVET juga berpeluang mendalami pendedahan konsep Teaching Factory (TEFA) yang dilaksanakan melalui kolaborasi institusi latihan-industri di China agar hasrat kerajaan menjadikan institusi TVET di Malaysia di terajui industri dapat di realisasikan.

Justeru, PKPB mengajak lebih banyak industri tempatan untuk bersama-sama turun ke lapangan menggerakkan Program SKK, manakala institusi latihan TVET di pelawa bekerjasama dengan PKPB untuk pengantarabangsakan belia berkemahiran ke China dengan menghubungi Urusetia Belia Mahir di talian 0137733676 atau emel projekbeliamahir@gmail.com atau website https://www.beliamahir.com

Leave a Reply