editor@aatvnews.com

Simpang Durian, 12 Ogos 2023 : Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menjadi antara pengundi terawal keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kali ini.

Beliau yang juga calon DUN Pertang bersama isteri serta ahli keluarganya hadir di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar dalam proses demokrasi pagi tadi.

Selain Jalaluddin, kerusi DUN Pertang yang terdiri daripada 12,909 pengundi menyaksikan pertembungan dua penjuru membabitkan calon dari parti Perikatan Nasional (PN), Cikgu Amir.

Sementara itu, bagi seorang pengundi dari kalangan orang asli, Apok Bin Kendong, 62, Jalaluddin seorang pemimpin yang banyak membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan sewajarnya beliau diberikan mandat untuk menjadi wakil rakyat DUN Pertang.

Bagi penduduk orang asli Kampung Putra, Simpang Durian itu, kepimpinan dan jasa Jalaluddin yang juga bekas ADUN Pertang (2013-2018) kepada penduduk di Pertang tidak mampu untuk dinafikan sejak beliau menjadi wakil rakyat di Klawang lagi (2004).

Bagi peniaga, Chuha Binti Ahon, 54, dari Kampung Sawah juga mengakui Jalaluddin seorang pemimpin yang berwibawa dan mempunyai wawasan.

“Saya memilih Datuk Seri Jaluluddin Alias kerana beliau pemimpin yang berwibawa dan banyak memberi khidmat bakti kepada rakyat di kawasan Pertang,” kata anak kelahiran Pertang itu yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra.

Pada PRU14 lalu, DUN Pertang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Noor Azmi Yusof dengan majoriti 415 undi.

Leave a Reply