KUALA LUMPUR – HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran HONOR X6a dan HONOR X5 Plus, dua lagi koleksi model baharu yang dikeluarkan tahun ini.

Menawarkan penggunaan serba boleh yang dapat membantu kehidupan seharian rakyat Malaysia, kedua-dua HONOR X6a dan HONOR X5 Plus dilengkapi dengan paparan keselesaan mata 6.56 inci, kehebatan kamera utama 50MP dan bateri tahan lama 5,200mAh. Peranti ini pastinya menarik perhatian peminat!

Ini tawaran menarik yang disediakan! Bagi harga serendah RM 599, HONOR X6a dilengkapi oleh 6GB RAM dan 128GB ROM, manakala HONOR X5 Plus hadir dengan varian 4GB RAM dan 64GB ROM, hanya pada harga RM 449. Memiliki ciri-ciri menarik melebihi kemampuan harga yang ditawarkan, dua peranti ini disokong oleh HONOR RAM Turbo untuk perluasan RAM dan perluasan kad mikro SD 1TB.

Peminat pasti teruja untuk mendapatkannya kerana peranti baharu ini turut dilengkapi dengan ‘casing’ perlindungan  sendiri, perlindungan skrin, pengecas HONOR SuperCharge serta kabel.

Selesai sudah penjelasan harga, pilihan yang ditawarkan serta alat-alat disediakan dalam kotak, mari kita lihat gambaran profil gandingan dinamik ini.

HONOR X6a – Alami Kehebatan Di Mana-mana Sahaja

Meneruskan komitmen HONOR menjaga kesejahteraan pengguna seluruh dunia, teknologi paparan penjagaan mata HONOR X6a, iaitu Pemalapan Dinamik yang kini menjadi hak cipta, menghasilkan cahaya semulajadi bagi mengurangkan risiko keletihan mata. Dimantapkan lagi dengan kadar segar semula 90Hz, paparan visual menjadi lebih lancar dan responsif dengan lebih  baik. Rasai kehebatan perubahan baru pada harga tawaran yang rendah!

Pada kamera, HONOR X6a tampil dengan kehebatan sistem Tiga Kamera 50MP – memastikan setiap foto dirakam dengan jelas dan terperinci setiap masa, di mana-mana sahaja. Dengan lambakan hasil rakaman foto, peminat pastinya teruja dengan penstoran sebesar 128GB, cukup untuk menyimpan lebih 28,000 foto, 11,000 lagu atau 100 video HD – memenuhi keperluan setiap media.

Seperti model HONOR terkini lain yang memiliki kapasiti bateri besar, HONOR X6a lengkap dengan bateri 5,200mAh ultra besar, mampu untuk menayang video 17.8 jam tanpa henti, 13.5 jam melayari TikTok atau menstrim muzik selama 15.5 jam, semuanya pada hanya sekali cas. Untuk pengecasan semula, HONOR SuperCharge 22.5W mampu menambah kuasa bateri sehingga 31% dalam masa hanya 20 minit.

Ciri-ciri serba boleh ini menjadi HONOR X6a pilihan paling tepat untuk memenuhi gaya hidup.

HONOR X5 Plus – Visual yang Terang

HONOR X5 Plus menjanjikan keseronokan tanpa henti dengan Dwi Kamera 50MP untuk beraksi di depan kamera sama ada siang atau malam, dengan ketepatan yang itu dan perincian yang terang. Sama seperti HONOR X6a, HONOR X5 Plus menampilkan Kamera Depan 5MP yang merakam aksi swafoto pada tahap baharu dengan imej berkualiti tinggi.

Diiktiraf sebagai bateri paling besar dalam segmen harganya, HONOR X5 Plus hadir dengan bateri besar 5,200mAh dan HONOR SuperCharge 10W. Tidak asing lagi dengan kehebatannya mengendalikan apa sahaja tugas, bateri yang boleh dipercayai dan kemampuannya mengecas dengan pantas menjadikan HONOR X5 Plus layak sebagai peneman anda sepanjang hari.

HONOR X6a & HONOR X5 Plus: Gandingan Dinamik

HONOR X6a tersedia pada harga RM 599, menawarkan 6GB RAM dan 128GB ROM, dalam warna Sky Silver dan Midnight Black, manakala HONOR X5 Plus, pada harga RM 449, hadir dengan 4GB RAM dan 64GB ROM didapati dalam warna Cyan Lake. Maklumat terkini tentang HONOR dan pelancarannya, sila layari https://www.hihonor.com/my/ .

By Cynthia

Leave a Reply