KLANG – Majlis Kebudayaan dan Warisan Nusantara memuji satu pertandingan Menari ‘Attam Pala Vagai 2023’ yang diadakan baru-baru ini.
Menurut, Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Dr Sri Sukunthan berkata biarpun berlainan bangsa dan agama, seni tarian tradisional ini mempunyai keunikan tersendiri.
Katanya lagi, ini kerana pertandingan seperti itu dapat memupuk semangat muhibah, menghormati kepelbagaian kaum dan memberi sokongan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat majmuk dalam negara.
“Tarian tradisional lebih diutamakan dalam pertandingan ini walaupun adanya tarian moden.
“Menyusun gerak dan langkah lemah gemalai yang senada tatkala mempersembahkan seni tarian tradisional, bukan sahaja memberi kepuasan kepada si penari, malah dapat membangkitkan elemen perpaduan,” katanya kepada AATV News.
Sri Sukunthan merupakan salah seorang tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Pertandingan Menari (Dance Competition ), Attam Pala Vagai 2023.
Majlis itu berlangsung di Center Court AEON Mall, Bukit Raja, Klang ,Selangor dan dianjurkan oleh I Synergy Production.
Pertandingan menari Attam Pala Vagai 2023 dijadikan salah satu daripada aktiviti dalam Klang Valley International Indian Expo yang dianjurkan oleh Colours Of India.
Sementara itu, Sri Sukunthan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi mutu akademik pendidikan yang baik pada pelajar sedia ada.
Katanya, ini supaya negara akan dikenali dipersada dunia sekiranya perdana menteri mengatur taraf akademik yang lebif komprehensif kepada pelajar.
Tambahnya, walaupun kemenangan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini ditahap memuaskan, kebolehan dan keterampilan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam merancang dan menstabilkan keamanan masyarakat dalam kerajaan perpaduan amat disanjungi.
Dalam pada itu, Sri Sukunthan memuji usaha Pengarah I Synergy Production, Manimaran Palamandy yang telah berusaha bertungkus lumus untuk membawa peserta-peserta yang berkecimpung dalam cabang seni tarian ke pertandingan akhir itu.
Katanya, penglibatan diri yang disokong dengan pengalaman ulung dalam bidang seni, membolehkan beliau membawa penari solo dan penari berkumpulam untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam pertandingan itu.
“Manimaran Palamandy juga mewujudkan konsep Malaysia Madani dengan memupuk ciri-ciri holistik kepada penari supaya dapat melihat urutan pergerakan yang mempunyai nilai estetik dan simbolik kebudayaan.
“Tarian tradisional nusantara dapat dikategorikan dan digambarkan oleh koreografinya oleh repertoar pergerakannya atau mengikut tempoh sejarah tempat asalnya,” katanya.
Puncak keceriaan majlis bermula apabila Juruhebah Radio THR Raaga, Uthaya mengalukan kedatangan artis Vijay TV dari Tamil Nadu, India dan VJ Vishal yang merupakan pelakon dalam drama tamil bersiri berjudul ‘Baakiyalakshmi’ serta VJ Rakshan yang merupakan seorang pengacara bagi rancangan memasak ‘Cooku With Comali ‘.
Masyarakat tempatan Lembah Klang telah membanjiri seluruh perkarangan Center Court pusat membeli belah itu sehingga tamat acara persembahan tarian.
“Saya mengucapkan tahniah kepada johan pertandingan tarian ini iaitu Haariharan Ravi (Champion-Solo Category) dan Daaksha Arts (Champion -Group Performance ), Attam Pala Vagai 2023.
“Semoga semua pemenang pertandingan tarian ini bakal dapat mengekspresikan mutu penarian yang lebih eksklusif di masa depan demi memperkaya sinonim budaya dan warisan seni nusantara,” kata Sri Sukunthan.
Sri Sukunthan juga mengucapkan terima kasih kepada Manimaran kerana menjemputnya ke majlis yang memberangsangkan itu.
Katanya, tarian tradisional tidak membataskan setiap kaum untuk melihat satu kaum sahaja.
Sebaliknya, beliau berkata keunikan hayunan langkah tarian adalah milik seluruh rakyat.
“Rakyat harus sentiasa mempertahankan khazanah seni tari agar ia terus bernafas ‘Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas’.
“Mengamalkan warisan tradisi seperti seni tari juga mampu mempromosi budaya Malaysia di persada dunia dan membuktikan Malaysia itu cantik seindah bahasa dan warisannya,” katanya.