SHAH ALAM – Sosok pemimpin ratu agung Cleopatra, piramid Giza dan tulisan hieroglif ketika Tamadun Mesir Purba dipilih pada produk jenama Madduna sebagai tarikan terutama kepada golongan anak muda untuk mengamalkan madu dari awal usia.
Produk Madduna adalah keluaran syarikat tempatan, JF Best Solution Sdn Bhd, dengan kandungan madu berkualiti diimport khas dari Mesir, diperkenal oleh pengasas hebat, Jadwa Abu Bakar sejak Ogos lalu.
Usahanya untuk membawa madu dari Mesir itu tidak lain tidak bukan, mahu memberi kesedaran mengenai kebaikan madu kepada kesihatan diri, namun menyasarkan golongan muda.
Katanya, tiga produk utama Madduna [madu + na (kita)], ketika ini adalah madu asli, madu sitrus dan madu habbatussauda (jintan hitam).
“Kita ada banyak pilihan madu di pasaran, yang memberi khasiat terbaik masing-masing. Cuma, saya nak orang muda minat makan madu dengan pengambilan konsisten kerana biasanya orang tua umur 45 tahun ke atas yang amal.
“Sebab itu, Madduna ada keluarkan produk pembungkusan madu bersama sudu yang mudah dibawa ke mana-mana.
“Kita juga nak imej seakan Cleopatra, tulisan abjad kuno (hieroglif), pada label produk Madduna supaya mereka luar sana tahu ini madu dari Mesir, jadi orang muda tengok, menarik, dan minat,” katanya.
Tambahnya, madu asli Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan ‘pinocerin’ yang membantu mengurangkan masalah kembung perut, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser, selain darah tinggi, masalah kulit dan anti penuaan, kemurungan dan sakit kepala.
Beliau ditemui pada sidang media Meet&Greet, dan pelancaran kempen produk Madduna, #BeeMaddubaBeeHealthy di Hotel Empire, Subang Jaya di sini, pada Rabu.
Madduna dalam kempennya komited sebagai antara yang terkedepan memperkasakan wanita, menyokong dan membangunkan potensi serta kekuatan wanita menerusi produk dan inisiatif berimpak.
Sementara itu, Jadwa berkata, sempena kempen sama, Madduna mengajak orang ramai menyertai peraduan swafoto video #BeeMaddunaBeeHealthy di Instagram yang menawarkan hadiah utama RM1,000, selain RM250 kepada pemenang sagu hati, bermula 15 September hingga 30 Oktober depan.
Cara menyertai peraduan adalah dengan membeli sebarang produk Madduna serendah RM15, swafoto video secara kreatif bersama Madduna dalam apa-apa aktiviti kegemaran, tag ke Instagram @maddunaofficial bersama tanda pagar #BeeMaddunaBeeHealthy di akaun masing-masing.