PETALING JAYA, 13 Jun 2026 – Memegang prinsip ‘memulangkan semula’ hasil keuntungan perniagaan kepada masyarakat, syarikat Benchmark Property Management berjaya menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang penuh bermakna di Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Nur Hikmah, di sini hari ini.
Program tersebut diketuai oleh wakil syarikat, Ts. Pmgr. NevishKumaar, bertujuan untuk menyantuni, beramah mesra, serta merapatkan hubungan silaturahim antara warga korporat dan golongan yang memerlukan.
Suasana hiba bertukar ceria apabila pihak penganjur meluangkan masa menjalankan pelbagai aktiviti interaktif dan sukaneka (games) bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal di pusat jagaan tersebut. Selain pengisian aktiviti ringkas, Benchmark Property Management turut menyampaikan sumbangan dana bagi membantu meringankan beban pengurusan persatuan berkenaan.

Menurut Nevis Kumar, program kebajikan seumpama ini tidak seharusnya menjadi projek ‘one-off’, sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten oleh agensi korporat.
”Program-program sebegini perlulah dilakukan secara berterusan supaya setiap keuntungan yang kita perolehi daripada perniagaan, kita salurkan balik kepada masyarakat kita. Saya percaya dengan cara memulangkan semula sumbangan ini, Tuhan akan memberkati dan memberikan lebih banyak lagi rezeki untuk kita terus maju dalam kehidupan,” katanya ketika ditemui media selepas program tersebut.
Beliau dalam masa yang sama menzahirkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan syarikat, ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan, serta rakan-rakan media yang sudi membuat liputan acara murni ini. Pihak syarikat turut memberi bayangan akan meneruskan siri jelajah kebajikan dan program komuniti seumpama ini dalam masa terdekat.
#CSRMalaysia #PrihatinKomuniti #BenchmarkProperty #AnakYatimNurHikmah