KLANG – ADUN Sentosa Gunaraj George kini dilantik menjadi Naib Pengerusi PKR Selangor.
Bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa kini hanya memegang jawatan ex-officio dalam jawatankuasa itu.
Turut digugurkan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail sebagai Naib Ketua PKR Selangor, digantikan bekas Adun Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Ketua PKR Selangor.
Pelantikan baru biro politik Majlis Pimpinan PKR Selangor adalah untuk sesi 2023 hingga 2025.
Pengarah Komunikasi PKR Selangor Mohd Afiq Mohd Tuniman berkata mendepani pentas politik yang semakin progresif, maka PKR Selangor merasakan wajar untuk melakukan rejuvenasi dalam kepimpinan dengan merangkumkan tenaga dan idea yang lebih segar.
Beliau berkata di atas kesedaran itu, PKR Selangor mengumumkann pelantikan baru bagi Biro Politik Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor seperti berikut :
Pengerusi
Datuk Seri Amirudin Bin Shari
Timbalan Pengerusi
Borhan Aman Shah
Naib Pengerusi 1
Hee Loy Sian
Naib Pengerusi 2
Dr Gunarajah George
Naib Pengerusi 3
Juwairiya Zulkifli
Ketua Wanita
Rozana Zainal Abidin
Ketua Angkatan Muda
Muhammad Izuan Ahmad Kasim
Setiausaha
Mohd Khairuddin Othman
Bendahari
Elizabeth Wong Keat Ping
Ketua Penerangan
Halimey Abu Bakar
Setiausaha Pengelola
Mohd Yahya Mat Sahri
Pengarah Strategik
Saifuddin Shafi Muhammad
Pengarah Mobilisasi
Mohd Azhar Achil
Pengarah Latihan
Ahmad Azri Zainal Nor
Pengarah Jabatan Pilihan Raya
Dr Yaakob Sapari
Pengarah Komunikasi
Mohd Afiq Mohd Tuniman
Ex – Officio
Mohd Najwan Halimi
Dr Muhammad Fahmi Ngah
Azmizam Zaman Huri
A Rahim Ahmad Kasdi
Sivarasa A/L Rasiah
Semua lantikan diatas adalah berkuatkuasa bermula daripada 1 Disember ini dan diyakini dapat menterjemahkan agenda kemajuan Kita Selangor serta kemashalatan negara di bawah teraju reformasi Malaysia Madani.