1. POKOK TAKKAN BERGOYANG KALAU TAK ADA ANGIN. ADA SEGELINTIR NETIZEN KREATIF MENIMBULKAN TEORI BERDASARKAN PEMBACAAN ARTIKEL ATAU VIDEO BERITA MENGENAI KES BUNUH ADIK ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN.

2. BANYAK NETIZEN MENDAKWA IBU BAPA ZAYN TERLIBAT DALAM KES INI, NAMUN SEJAUH MANA KEBENARANNYA BELUM TERUNGKAI SELAGI BUKTI JELAS ATAU SUSPEK SEBENAR BELUM DITEMUI, SEHINGGAKAN AHLI KELUARGA MENUNTUT HENTIKAN SPEKULASI BUKAN-BUKAN.

3. ANALISIS KEWARTAWANAN SAYA MEMBERIKAN POIN ATAU ASPEK YANG PERLU DIAMBILKIRA PASUKAN PENYIASAT BAGI KEADILAN MANGSA, KELUARGA MANGSA DAN SENASIB.

4. SIAPA PEMBUNUH ZAYN RAYYAN? SIAPA BERANI CULIK TENGAH HARI? SIAPA BERANI CULIK DALAM BANGUNAN? SIAPA BUNUH DI TEMPAT LAIN? SIAPA YANG BAWA KE ANAK SUNGAI? KENAPA DIKELAR ATAU DIJERUT? JIKA DIKELAR, MANA SENJATANYA, JIKA DIJERUT, MANA BARANGNYA? BENARKAH ADA UNSUR JENAYAH SEKSUAL? DENGAN SIAPA ZAYN BERGELUT? KENAPA PEMBUNUH PILIH LOKASI MUDAH HAMPIR RUMAH KELUARGA? SIAPA ABDUL MATIIN JIKA ZAIM IKHWAN BAPA ZAYN? ADAKAH SARANG WARGA ASING DI APARTMENT KELUARGA? SIAPA JIRAN KELUARGA? BERAPA RAMAI RAKYAT TEMPATAN DI BLOK BANGUNAN RUMAH KELUARGA? SIAPA RAKAN RAPAT IBU BAPA? DI MANA BAPA ZAYN KETIKA KEJADIAN HILANG? APARTMENT RAMAI WARGA ASING TIADA CCTV? BAGAIMANA MENGESAN PELAKU ADA REKOD JENAYAH SEKSUAL?

5. JIKA DIKENANG SEMULA KES-KES LAMA KANAK-KANAK DI NEGARA INI DITEMUKAN DIBUNUH, ADA YANG BERPENDAPAT SUKAR MENGESAN JEJAK PEMBUNUH. LIHAT SAJALAH KES YANG MENDAPAT PERHATIAN NEGARA MALAH MASIH SEGAR DALAM INGATAN IAITU NURIN JAZLIN PADA 2007 YANG SEHINGGA KINI MASIH BELUM MENEMUI PETUNJUK.

6. ADA SATU KES MUNGKIN ADA YANG SUDAH LUPA, MUNGKIN ADA YANG BARU TAHU, KES BUNUH ADIK AALIYAH AYMAN HUSSIN ABDULLAH, 3 TAHUN, DI KONDOMINIUM DI CHERAS, PADA 2009. PENGANGGUR WARGA ASING BERKULIT HITAM, MOHANNAD TAHA ISMAIL YANG DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK ITU YANG JUGA ANAK PEREMPUANNYA, HASIL DARIPADA TEMAN WANITANYA YANG JUGA WARGA MALAYSIA. MOHANNAD BAGAIMANAPUN KEKAL DISABITKAN DENGAN HUKUMAN MATI PADA 15 OKTOBER 2012.

7. FAKTANYA,
ZAYN ANAK AUTISME, MUDAH HILANG SESAAT TERLEPAS PANDANG, LOKASI DITUNJUKKAN IBUNYA, ZAYN HILANG DI TANGGA KEDUA DALAM KORIDOR BANGUNAN, BUKAN DI LUAR BANGUNAN, WAKTU TENGAH HARI, BUKAN WAKTU MALAM. BAPA ZAYN TIADA BERSAMA KETIKA ZAYN HILANG.

8. TIADA CCTV DI LOKASI ZAYN HILANG. HANYA YANG ARIF TENTANG CCTV DI LOKASI TERTENTU SUPAYA TINDAKAN TIDAK DIKESAN.
TIGA TAHUN ZAYN SEKELUARGA TINGGAL DI APARTMENT DIKELILINGI WARGA ASING DIKATAKAN FILIPINA, NIGERIA, INDONESIA DAN NETIZEN MELAHIRKAN KEBIMBANGAN DENGAN TAHAP KESELAMATAN TEMPAT ITU NAMUN IBU BAPA ZAYN JUGA PASTI CUKUP MENGENALI JIRAN, PENDUDUK LAIN DAN SEKELILING DI SITU. ANEH, APARTMENT DIPENUHI HAMPIR SEPARUH WARGA ASING HANYA ADA CCTV DI TEMPAT TERPILIH?

9. DAKWAAN JIRAN TEMPATAN TERDEKAT, SELARI DENGAN DAKWAAN IBU KETIKA KEJADIAN ZAYN HILANG, MALAH SERING MELIHAT ZAYN BERSAMA IBUNYA.

10. NAMA BAPA ZAYN JUGA DIPERTIKAI. NAMUN BELUM ADA SEBARANG KENYATAAN DIKELUARKAN DARIPADA BAPANYA BERHUBUNG ISU ITU.

11. PIHAK BERKUASA MELAKUKAN PENGESANAN CAP JARI, DNA PENDUDUK, ANJING PENGESAN K9, DRON, DASHCAM, TERMASUK PEMERIKSAAN RUMAH KE RUMAH. BAGAIMANAPUN, KETIKA PENCARIAN, HUJAN LEBAT, YANG MANA MENJEJASKAN LAGI PENGESANAN TERMASUK CAP JARI DI TUBUH.
JIKA PENGESANAN DNA CAP JARI DILAKUKAN TERHADAP WARGA ASING, BERAPA LAMA TEMPOH LAPORAN BOLEH DI’RETRIEVE’ UNTUK DIKENALPASTI IDENTITI?

12.PINTU MASUK APARTMENT DIKAWAL KETAT PIHAK BERKUASA SEJAK KES DIKLASIFIKASI BUNUH, NAMUN BAGAIMANA LORONG TIKUS?

p/s :
1. SAYA TELAH MENGKAJI DAN MENDAPATKAN BEBERAPA MAKLUMAT UNTUK SEMAKAN DARIPADA WARTAWAN LOKASI MENGENAI KES ZAYN. DALAM PENULISAN PERIBADI SAYA SEBELUM INI ADA MENCADANGKAN PEMERIKSAAN SETIAP UNIT RUMAH DI APARTMENT, NAMUN INI TIDAK DITERBITKAN. BAGAIMANAPUN, IA MEMBERI IMPAK APABILA PIHAK BERKUASA SUDAH MULA MEMERIKSA DI PREMIS INI.

2. SAYA MENCADANGKAN SUPAYA TUMPUAN SIASATAN TERHADAP SEMUA JIRAN YANG DIKENALI IBU BAPANYA TIDAK KIRA DEKAT ATAU JAUH DI SEKITAR APARTMENT. SAYA JUGA MENCADANGKAN UNIT RUMAH JIRAN DEKAT ATAU JAUH DI SEKITAR APARTMENT YANG DIKENALI IBU BAPA DIPERIKSA. AKHIR SEKALI SAYA MENCADANGKAN WARGA ASING DI KAWASAN ITU JUGA PERLU DISIASAT SAMPAI KE LUBANG CACING.

3. KEJADIAN YANG BERLAKU MUNGKIN BUKAN SAJA MEMBUKA MATA MASYARAKAT, TETAPI MANA-MANA PIHAK PENGURUSAN APARTMENT , YANG MEMPUNYAI PENDUDUK PADAT DENGAN RAMAI WARGA ASING, PERLU ADA PEMANTAUAN BERKALA TERHADAP KEBERADAAN MEREKA, MALAH PEMILIK UNIT RUMAH SUDAH TENTU MEMBAYAR WANG PENYELENGGARAAN BULANAN BAGI TUJUAN SELENGGARA APARTMENT TERMASUK CCTV. SEBAGAI CONTOH, PEMILIK RUMAH MENYEWAKAN KEPADA WARGA ASING, JADI PERSATUAN PENDUDUK DAN PENGURUSAN PERUMAHAN MEMULAKAN PEMANTAUAN INI