KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini turun padang ke Pasar Sungai Besi bagi menyantuni dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga pasar tanpa menunggu waktu Pilihan Raya Umum (PRU)

Beliau yang juga isteri kepada Perdana Menteri sebelum ini telah turun ke dua lokasi pasar iaitu satu di Pasar Pagi Alam Damai, Cheras dan Pasar Pagi Jalan Jujur, Bandar Tun Razak bagi menyantuni pengunjung serta peniaga.

Dalam program itu, Wan Azizah turut membuat agihan 500 keping kalander tahun ini kepada orang ramai.

Turut hadir ke program pada hari ini adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada menteri perladangan dan komoditi merangkap ketua bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, Pengerusi Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Bandar Tun Razak, Roslan Mahmood, Pengerusi MPP Sub Zon 5, Mohamad Mahathir Mohamed Younos, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komuniti Madani dan persatuan penduduk.

Sementara itu, Wan Azizah berkata kedatangannya hari ini untuk berterima kasih kepada penduduk setempat yang mengundinya pada PRU15.

“Saya datang balik sini sebab terhutang budi kerana mengundi saya pada pilihan raya lalu.

“Apa kita mahukan adalah melakukan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Leave a Reply