Salam,
Bab 3 – RUU Kekalkan Kerajaan
Dua tiga hari ini, berbalas hujah pelbagai pihak yg dilontarkan berhubung RUU Kekalkan Kerajaan yg dicadangkan oleh YAB DSZH. Salah satu hujah yg saya terima termasuk dari Mantan Ketua Penerangan UMNO Msia ialah kuasa YDPA akan dipertikaikan sekiranya akta ini dilaksanakan & kita tidak boleh menukar kerajaan sehingga habis penggal.
Izinkan saya membalas hujah2 mereka, mari kita semak dibawah Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan-Kuasa YDPA dimana YDPA sendiri boleh memprorog atau membubarkan Parlimen dgn kuasanya sekiranya berlaku konflik di dalam Parlimen. Apa yg kecoh sgt kata kuasa atau fungsi YDPA dinafikan. Maaf, hujah mereka tiada merit & cuba mengheret Istana dlm isu ini utk dijadikan “bahan jualan” kpd rakyat terutamanya bagi orang2 Melayu. Selebihnya hanya ingin menimbulkan kebenciaan kpd kerajaan YAB PMX & paling terutamanya kpd YAB DSZH yg kononnya ingin menyelamatkan segelintir AP2. Ia lebih bersifat peribadi yg masih ada dendam & sifat amarah kpd Presiden UMNO.
RUU Kekalkan Kerajaan bukan bermaksud menafikan hak & fungsi YDPA. Ia hanya RUU tambahan utk memastikan kerajaan yg telah terbentuk berjalan dgn baik tanpa ganggu kacau dlm perebutan kuasa politik yg berpanjangan yg tidak sihat buat negara. Siapa ingat penggal lepas bila kerajaan TSMY yg hampir hilang majoriti? Ordinan Darurat Parlimen dikuatkuasa yg terang2 telah menafikan amalan demokrasi negara kita. Kini puak2 ini berbicara seperti malaikat tentang demokrasi.
Akhir kata, ianya matematik mudah sahaja dalam kamus “haters” YAB DSZH, apa yg keluar dari mulut beliau semuanya dianggap buruk, jahat & tiada nilai. Apa yg kita nak ambil peduli, anggaplah mereka seperti “tong kosong berbunyi nyaring”. Kita terus fokus & jalan terus demi kestabilan politik utk kemakmuran & kesejahteraan negara. Wallahuallam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP
17hb Januari 2024