Oleh : Mohd Puad Zarkashi

Ketua Hakim Negara kesal badan kehakiman negara dipersalahkan bila pendakwa raya tarik balik pertuduhan jenayah.

Kenyataan Tengku Maimun ini amat merisaukan seoalah olah berlaku tuduh menuduh antara pihak Jabatan AG dengan Badan kehakiman.

Rakyat tidak pernah dengar kehakiman dipersalahkan kerana isu DNAA. Biasanya kritikan rakyat berkaitan perbicaraan adil, kenapa peguam tidak boleh tarik diri dan isu lantikan Ketua Hakim Negara.

Bila Tommy Thomas gugur banyak kes, rakyat tidak salahkan badan kehakiman. Tommy Thomas dikritik kerana bertindak secara selektif.

Kenapa Tengku Maimun bangkitkan isu itu sekarang. Kenapa tidak masa Tommy Thomas jadi AG? Sebab itu pembaharuan institusi tidak sahaja pada struktur tetapi pada orangnya.

Leave a Reply