editor@aatvnews.com
Oleh Mohd Puad Zarkashi
Kadir Jasin beri defnisi “Man on the run”. Kesimpulan beliau, “Jangan tergila gila mengampunkan mereka yang sedang dihukum tetapi yang belum ditangkap terlepas”.
Kita tahu siapa yang beliau maksudkan. Tetapi kenapa buat definisi selektif. “Man on the run” dikaitkan dengan yang lari ke luar negara sahaja.
Menurut Kadir Jasin pelarian ada beberapa jenis. Ada lari kerana idealisme. Macam Hishamuddin Rais. Dia lari ke banyak negara.
Jenis kedua ialah penyokong reformasi 1998 yang kaya. Mereka ke luar negara kerana bisnes mereka diganggu dan takut dicekup
Masalahnya kenapa kaitkan “Man on the run” kepada mereka yang lari ke luar negara? Bagaimana yang ada dalam negara?
Pertama mereka yang sembunyikan kekayaan kerana simpan duit dan aset di bank offshore. Rakyat hanya tahu bila senarai “Pandora” bocor.
Kedua, mereka yang dapat sembunyi aset dan kekayaan kerana terlalu lama berkuasa. Apatah lagi bila mereka dapat balik kuasa untuk kali kedua.
Ketika berkuasa kali kedua mereka buat berpuloh puloh pendakwaan selektif untuk buktikan orang lain “man on the run” bukannya mereka.
Ketiga ialah mereka mengaku jadi proksi jaga duit parti. Bila ditanya mana duit tersebut? Dia jawab sudah jual. Dialah “Man on the run”.
Semoga cerita sogokan RM1 bilion akan terbongkar. Terdedahlah nanti siapa sebenarnya “Man on the run”.