editor@aatvnews.com
Oleh : Mohd Puad Zarkashi
“Stonewalling” bermaksud enggan beri jawapan kepada pertanyaan. Ia bertujuan untuk mematikan cerita.
Tetapi stonewalling boleh timbulkan spekulasi, andaian dan fitnah. Maka SPRM jangan berahsia sangat bila membuat siasatan. Dedah segera.
Dedah sahaja siapa yang disiasat dan kenapa disiasat. Jangan biar rakyat berteka teki. Sebelum ini ada cerita KSN disiasat. Rupanya palsu bila SPRM menafikannya..
Terbaru, viral rumah seorang Tan Sri diserbu oleh SPRM. Tidak didedah siapa Tan Seri tersebut. Kenapa?Bila rumah Najib digelidah PDRM ratus gambar dan video disiarkan.
Hanya Berita Harian dan Metro saja melaporkan Tan Sri tersebut terlibat kontrak perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 billion
Sebelum itu kerajaan Tun M telah membuka tender baru setelah konsensi SPANCO selama 25 tahun tamat pada bulan Febuari 2019.
Difahamkan syarikat Berjaya-Naza menang tender tersebut dan dapat surat niat (LOI) dari kerajaan. Tetapi dibatalkan oleh PM ke 8 Muhyiddin.
Katanya diberi balik pada SPANCO. Tan Sri yang rumahnya diserbu itu adalah pemilik utama SPANCO. Tawaran SPANCO RM4.5B adalah 700 juta lebih mahal dari tawaran Berjaya-Naza.
Apa pun tahniah SPRM. Cuma kena dedah dengan segera siapa yang disiasat. Jangan ada stonewalling. Segan apa SPRMku