editor@aatvnews.com
Tun M mendakwa anaknya diugut penjara 5 tahun jika tidak mengiytihar harta. Sekiranya betul, mengapa anaknya tidak mengadu dan buat laporan polis? Padahal ugut itu satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Jelas ini satu helah untuk mengalih perhatian.
Tun M kata kononnya hukuman penjara 5 tahun ini tidak akan dibicarakan di mahkamah, terus masuk penjara. Tetapi kalau rujuk Akta SPRM 2009, Kuasa Memperoleh Maklumat, Seksyen 36(2) jelas menyatakan hukuman penjara tidak lebih 5 tahun ini sekiranya didapati sabitan kesalahan selepas dibicarakan di mahkamah kerana gagal mengisytihar harta. Ini seperti yang berlaku hari ini, pertuduhan ke atas Toh Puan Naimah di Mahkamah Kuala Lumpur, isteri Tun Daim kerana gagal mengisytihar harta walaupun telah diberikan masa sejak bulan November tahun lepas.
Tun M kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dibebaskan atas 47 pertuduhan. Faktanya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa dibebaskan (discharge not amounting to acquittal (‘DNAA’) Zahid Hamidi dengan 11 hujah melibatkan tiga asas utama iaitu representasi, penubuhanan Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Comission of Inquiry – RCI) dan siasatan dalaman kebocoran memo dalaman.
Menurut Hakim, terdapat representasi-representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pada 8 Disember 2022, 25 Januari 2023, 28 Februari, 2023 dan 7 Mac 2023, yang membangkitkan isu-isu dan bukti-bukti baharu. Oleh itu demi memberi keadilan kepada proses kehakiman, pihak pendakwaan perlu menyiasat perkara-perkara ini untuk memastikan tiada “miscarriage of justice.”
Tun M bangkitkan isu saham Ketua Pesruhjaya SPRM. Dia kata Tan Sri Azam Baki tidak disiasat. Ia satu tohmahan kerana isu itu telah disiasat oleh tidak kurang dari 6 mekanisme siasatan dalaman, badan-badan pemantau bebas luar serta agensi penguatkuasa PDRM dan Suruhanjaya Sekuriti. Dalam kesemua siasatan ini tiada kesalahan dapat dikesan berhubung isu saham yang setelah setahun saham-saham ini telah dikembalikan kepada abangnya, bukan dengan keuntungan tetapi dengan kerugian.
Jelasnya Tun M pandai memutarbelitkan fakta untuk kepentingan dirinya dan anaknya.
Shahbudin Embun
Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan Melayu
Majlis Perundingan Melayu