Gelora di dalam sektor phailing dan ehailing diyakini akan selesai sedikit waktu lagi berdasarkan beberapa perkembangan terkini yang berlaku.

Keyakinan saya bertambah kukuh apabila kenyataan Menteri Komunikasi YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil yang menyokong cadangan UMNO supaya Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM direalisasikan segera.

Pada malam tadi Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) En Abdul Hakim Rani telah menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri 1 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi di PWTC.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.. turut berada di lokasi penyerahan memorandum ialah Pengerusi Sekretariat Forum Komuniti GiG Malaysia Dato Seri Mohd Sharkar bin Shamsudin.

Sementara itu sektor ehailing dan phailing adalah dua sektor yang paling teruk terjejas di dalam gig ekonomi dan paling menyedihkan ialah golongan penghantar phailing dan pemandu ehailing merupakan mangsa yang tertindas tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh pertindihan kuasa beberapa kementerian di dalam sektor ehailing dan phailing sehingga menimbulkan kesulitan sekiranya timbul sesuatu isu terutama melibatkan pertembungan kepentingan diantara penghantar/pemandu dengan syarikat penyedia applikasi.

Saya berharap kenyataan YB Fahmi Fadzil disambut senada oleh beberapa menteri lain yang terlibat secara tidak langsung di dalam sektor ehailing dan phailing seperti Menteri Pengangkutan, Menteri Sumber Manusia, Menteri Belia dan Sukan dan lain-lain.

Terima kasih
RA Ehailing.fm


Leave a Reply