Minggu lalu heboh satu negara KSN Zuki Ali disiasat SPRM. Azam Baki pula cepat-cepat menafikan.

Sebagai pegawai biasa di SPRM, saya tidak boleh membiarkan Zuki & Azam Baki memperbodohkan rakyat terutama PM Anwar.

Kenapa nak nafi Zuki bertandang ke SPRM jumpa Azam Baki? Kenapa nak sembunyikan Zuki jumpa Azam Baki di hotel tertutup dan di rumah isteri ke3 Zuki di Damansara?

Bagi saya, Zuki dan Azam Baki bagai isi dan kulit. Masing2 saling mempergunakan.Demi survival, hartanah, hartarumah, hartasaham, isteri serta skandal yang disembunyikan.

Saya setuju PM Anwar menggunakan agensi lain untuk menyiasat Zuki Ali, bukannya semata2 SPRM yang dah rosak.

Pada tahun 2022 skandal RM4 juta saham Azam Baki dibongkarkan,ianya sangat mengejutkan rakyat.

Isu semakin panas apabila KPPA Mohd Shafiq ketika itu mengeluarkan kenyataan bahawa Azam Baki tidak pernah mengistiharkan harta!

Minggu lalu Tun M menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Anwar.

Zuki Ali dan Azam Baki mulakan komplot terancang untuk menjatuhkan Mohd Shafiq.

Melalui Nazimah KSUS berkelulusan SPM, Zuki Ali meyakinkan Ismail agar menubuhkan Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan oleh Idris Harun. Akhirnya Shafiq ditendang keluar.

Mana Nazimah sekarang ? Menyembunyikan diri selepas terlibat sakau wang Program Keluarga Malaysia RM300 juta atas bantuan Zuki Ali yang mendesak agensi kerajaan meluluskan perbelanjaan tersebut.

Zuki tidak akan menjatuhkan Azam Baki kerana Azam Baki pegang telor Zuki. Rekod money trail Zuki Ali ada dalam simpanan Azam Baki.

Azam Baki menyimpan rekod salah laku Zuki termasuk penglibatan Zuki dan Khairul Dzaimee dalam skandal pemerdagangan manusia berkenaan kemasukan 10 ribu pekerja asing Bangladesh melalui KLIA pada September 2022.

Masihkah anda ingat silap mata KLIA blackout tempohari? Datuk Khairul Dzaimee KP JIM dan Wan Dahlan KSU KDN.

Isu projek SKIN (Skim Kawalan Imigresen Nasional) bernilai RM3.5B, banglo mewah tajaan Dato Tim hinggalah ke bini ke3 Zuki Ali yg tidak diistihar di dalam Hrmis.

Isu skandal pekerja asing, bayaran sehingga RM 8-10K bagi 1 kepala dikenakan. Komisen 25% oleh Amin Bangla juga turut mereka terima melalui kelulusan penggunaan sistem BESTINET oleh KSM bagi urusan pekerja asing. Isu Amin Bangla melibatkan KDN, Imigresen dan KSM.

Sebab itu baru-baru ini apabila isu Zuki Ali disiasat SPRM viral, Zuki cepat2 melantik Khairul Dzaimee secara diam-diam sebagai KSU KSM untuk menutup salahlaku Zuki semasa di KSM, walhal Zuki sengaja membiarkan kementerian tersebut bertahun tidak ada KSU.

Semasa Dr.Zulkapli KPPA, beliau melantik ramai KSU dan TKSU tanpa persetujuan Zuki, sebab itu berlaku kes KSU bertukar-tukar dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Bulan lalu Zuki Ali berjaya menendang Dr.Zulkapli dan memasukkan orangnya Wan Dahlan sebagai KPPA.

Menurut sumber dalaman PMO, beberapa agensi keselamatan diarah untuk menyiasat Zuki Ali. Kerajaan hilang kepercayaan kepada Azam Baki.

Kepada Anwar, Kerajaan dan rakyat perlukan seorang KSN dan Ketua SPRM yang tegas, berkarisma, berpengalaman dan dihormati.

Bukannya KSN yang play save, banyak isu dan mengkayakan diri sendiri dengan mengumpul bini, mengumpul kekayaan banglo, tanah dan wang ringgit. Perkhidmatan awam wajib di reset!

Pegawai biasa SPRM.
Putrajaya.

Leave a Reply