SEPANG – Gara-gara kerana 1 kenderaan yang telah menghalang lalulintas, polis menahan 14 individu untuk membantu siasatan kes pergaduhan yang berlaku di Kampung Baru, Dengkil Selangor pada malam sabtu lalu.

Ia berpunca daripada rasa tidak puas hati kepada seorang pemilik kenderaan yang diparkir yang telah menghalang laluan kenderaan lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, individu yang ditahan berusia antara 16 hingga 40 tahun telah pun ditahan di lokap untuk dirakam kenyataan bagi melengkapkan siasatan kes ini dan dijangka akan dibebaskan pada Isnin (hari ini) dengan jaminan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148/506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi media.

Sabtu lalu, seorang lelaki, Teo Chit Keong, 44, mengalami cedera akibat diserang sekumpulan 30 individu yang memukulnya menggunakan objek keras seperti batang besi, batu bata dan topi keledar.

Bapa mangsa, Teo Beng Tuan, 71, pula telah diugut menggunakan sebatang besi ketika cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.2

Bapa mangsa berkata, kejadian yang berlaku jam 10.15 malam itu semasa anak lelakinya yang mahu keluar rumah mendapati satu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard telah menghalang kenderaannya.

Tambah Beng Tuan, dia tidak menafikan yang cemuhan anak lelakinya berbunyi ‘parkir kereta tengah jalan macam ini tak ada otak ke’ adalah punca terjadinya pergaduhan itu.

“Mereka bukan orang lain, saudara jauh saya juga, saya beritahu jangan gaduh, bagi laa muka sikit pakcik ini.

“Saya cuba halang, tapi salah seorang tunjuk batang besi, tak boleh buat apa-apa, saya orang tua tak mampu nak halang mereka bergaduh,” katanya

Kata Beng Tuan lagi, satu laporan polis dibuat pada jam 11.39 malam hari yang sama.

Leave a Reply