KUALA LUMPUR – Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig (SEGiM) akan memberi manfaat yang banyak kepada pekerja Gig, kata Pengerusi Sekretariat Komuniti Gig Malaysia, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata, pihaknya sudah lama memperjuangkan penubuhan SEGiM dan gembira Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar pandangan pihaknya untuk menubuhkan suruhanjaya itu.

“Kita maklumkan pada Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan desak tubuhkan suruhanjaya itu.

“Akhirnya perdana menteri, sensitif dengan pandangan kita dan beliau telah umumkan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024,” katanya kepada GigTV News.

Pada 2 Mac lalu, Anwar mengumumkan bersetuju untuk mewujudkan sebuah Suruhanjaya Pekerja Gig.

Salah satu peranan utama suruhanjaya berkenaan adalah untuk melindungi hak pekerja gig, terutamanya dalam kalangan anak muda.

Adalah dianggarkan pekerja Gig mencapai 1.12 juta rakyat.

Suruhanjaya Pekerja Gig juga akan turut memfokuskan kepada keperluan perlindungan sosial, pertikaian kontrak dan juga kemajuan kerjaya para pekerja Gig.

Mengulas lanjut, Sharkar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata ramai pekerja sambilan merupakan orang Melayu dan suruhanjaya itu membolehkan semua tertumpu kepada satu punca kuasa untuk mengendalikan pekerja Gig.

Beliau berkata ini bagi mengemaskini tatakelola pentadbirannya.

Leave a Reply