KUALA LUMPUR – Kredibiliti pihak Polis diyakini dalam menyelesaikan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan 2 anggota keselamatan negara.
Menurut Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat, Datuk Zulkarnain Mahdar, G57 juga percaya keamanan di Malaysia akan kekal terpelihara walaupun wujud ancaman dari pelbagai arah ke atas negara.
“Negara pernah diuji dengan kes Al Maunah di Bukit Jenalik, Perak pada 2 Julai 2000
dan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Felda Sahabat Lahad Datu, Sabah
pada Februari 2013 namun semua kes besar ini dapat diselesaikan dengan cukup sempurna oleh pasukan Polis.
Merujuk kepada insiden kes di Balai Polis Ulu Tiram, G57 memuji tindakan pihak Polis didalam melebarluaskan kawalan keselamatan ke atas pemimpin tertinggi negara khususnya Perdana Menteri Malaysia termasuk Raja-Raja dan dalam masa yang sama pemimpin tertinggi negeri yang mempunyai sejarah pernah diceroboh oleh pengganas iaitu negeri Sabah juga perlu diberi perhatian.
“Insiden tembakan ke atas Perdana Menteri Slovakia Robert Fico jelas menunjukkan kawalan keselamatan ke atas pimpinan tertinggi negara dan negeri tidak boleh dipandang ringan oleh anggota keselamatan negara, katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Justeru G57 berharap agar kawalan keselamatan dapat dilebarluaskan ke Sabah khususnya membabitkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji termasuk pemimpin berprofil tinggi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman