KUALA LUMPUR – Acara sulung HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu telah menarik ramai pengunjung untuk alami sendiri Flagship Estetik AI HONOR ini.
Keseronokan orang ramai dapat dilihat semasa mereka mencuba sendiri HONOR 200 Pro untuk penggambaran profesional percuma dengan ramai membawa orang tersayang untuk mengabadikan memori indah bersama-sama.
Gambar-gambar dihasilkan amat mengagumkan dan mencetus maklum balas yang amat memberangsangkan, membuktikan keupayaan telefon pintar tersebut dalam menghasilkan imej bertaraf studio.
HONOR 200 Series Studio Akan Datang ke Pulau Pinang
Penduduk Pulau Pinang bakal berpeluang mengalami sendiri keupayaan HONOR 200 Pro yang mengagumkan dan HONOR AI Portrait Engine yang canggih, di samping kamera berkuasa di HONOR 200 Series Studio di Sunway Carnival Mall, Main Atrium, Aras Bawah (New Wing) mulai 10 hingga 14 Julai ini.
Orang ramai boleh mendaftar sekarang untuk penggambaran percuma dengan tiga tema utama untuk dipilih iaitu Self Portrait (Office Look, Vintage, Ethnic dan Light and Shadow), Couple (Be Cool dan Korean Style) serta Family. Slot adalah terhad dan pendaftaran boleh dilakukan di pautan bawah atau kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Pautan untuk mendaftar: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall
Orang ramai teruja dengan keupayaan fotografi potret bertaraf studio HONOR 200 Pro
HONOR 200 Pro menggunakan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci berkuasa yang sama digunakan pada HONOR Magic6 Pro.
Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan AI Portrait Engine generasi baharu yang direka bersama Studio Harcourt, menggabungkan kedua-dua ciri tersebut untuk menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio ini secara cekap.
Ramai pengunjung yang telah mengalami sendiri keupayaan pengimejan HONOR 200 Pro yang dikuasakan AI berasa teruja dengan kemudahan dan kualiti gambar, terutamanya semasa menangkap gambar potret.
Beberapa pempengaruh, antaranya Syifa Jamil, Sally Whoo, Meeki dan Mendro hadir ke penggambaran HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil.
Mengulas mengenai HONOR 200 Pro, pelakon tempatan Meeki berkata, efek cahaya pada kamera telefon pintar ini menawarkan keterlihatan profesional yang amat mengagumkan.
“Saya telah membelanjakan banyak wang untuk menjalankan penggambaran studio tetapi HONOR 200 Pro dapat menghasilkan gambar berkualiti seperti diambil professional.
“Lebih menarik, tiada filter diperlukan untuk menjadikan saya nampak cantik,” Meeki berkata HONOR 200 Pro peranti ideal untuk ibu bapa untuk merakamkan momen indah bersama orang tersayang dengan mudah selain harga yang berpatutan.
“Telefon pintar Siri HONOR 200 ini bagaikan kamera studio poket. Kamera HONOR 200 Pro ini juga boleh menangkap gambar dengan tekstur, gradien, dan bayang yang seakan sama dengan tangkapan kamera profesional,” kata Fahmi Perwira, pencipta kandungan teknologi yang juga mengambil bahagian dalam penggambaran terbabit.
Fahmi juga menambah bahawa mod-mod Studio Harcourt Siri HONOR 200 antara mod kamera terbaik yang pernah dialami sebagai seorang pengulas teknologi.
“Saya memerlukan gambar untuk portfolio pekerjaan saya dan telah meninjau beberapa studio yang mengenakan harga sekitar RM300 ke RM1,500 untuk penggambaran professional,” kata Jack Yee.
Dia memberitahu amat kagum dengan keupayaan pengimejan HONOR 200 Pro dan tidak menyangka telefon pintar HONOR dapat menghasilkan gambar hebat yang sesuai untuk portfolio.
Selain Sunway Carnival Mall, orang ramai boleh alami kuasa Siri HONOR 200 dan mendapatkan penggambaran percuma dengan HONOR 200 Pro di lokasi-lokasi seterusnya:
Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17 – 21 Julai)
Pautan untuk mendaftar: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid
IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)
Pautan untuk mendaftar: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall