KUALA LUMPUR – Terus berusaha dalam membantu dengan misi kemanusiaannya, Global Relief Team Berhad (GRT) membuka cawangannya di Malaysia.
Sudahpun beroperasi sejak enam bulan, pelbagai aktiviti sudah di atur bagi melancarkan segala urusan berkaitan di sini.
Pemegang Amanah di Malaysia, Ruslina Abdul Rani berkata, GRT Malaysia komited untuk mengembangkan usaha kemanusiaannya ke seluruh negara, memfokuskan pada penyediaan sokongan penting dalam bidang makanan, air, pakaian dan peralatan perubatan.
“Menyedari keperluan mendesak komuniti terdedah di seluruh Malaysia, GRT Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan program jangkauannya untuk memastikan keperluan asas sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
“Melalui perkongsian strategik dengan organisasi dan komuniti tempatan, GRT Malaysia akan memperhebat saluran pengedarannya untuk memaksimumkan usaha dan bantuannya.
“Insya-Allah, Kami akan membantu ibu tunggal, golongan miskin, individu yang memerlukan makanan, anak yatim, masyarakat orang asli (Orang Asli), dan memberikan bantuan sekiranya berlaku sebarang bencana alam,” katanya.
Sementara itu, Pengasas GRT, Syaheed Ur Rahman berkata, GRT yang mula ditubuhkan sejak tahun 2009 terus komited dalam membantu golongan yang memerlukan di seluruh dunia.
“Kami berusaha melakukan kerja amal dan menghabiskan beberapa tahun dengan menyokong pelbagai kempen dan rayuan di seluruh dunia.
“Segala usaha dan GRT terwujud apabila kami melalui sendiri pengalaman dan melihat keadaan yang berlaku.
“Kami bersyukur apabila GRT telah berjaya melakukan kerjasama dan misi kemanusiaan di beberapa negara seperti Bangladesh, Yaman, Burundi, Syria, Lubnan, Pakistan, Kashmir dan dengan pelarian Rohingya.
“GRT telah menyediakan keperluan penting seperti makanan, air, pakaian, peralatan perubatan, pendidikan serta membangunkan projek yang mampan,” katanya.