GAMELAN.
SEBUT MENGENAI GAMELAN, RAMAI YANG TERUS MEMBAYANGKAN ALAT MUZIK, RUNUT BUNYI UNIK BERGEMA ‘TING TING’ DI DALAM KEPALA DAN TARIAN LEMAH GEMALAINYA.
NAMUN, BERAPA RAMAI SEBENARNYA GENERASI HARI INI BENAR-BENAR MENGETAHUI ATAU MENYELAMI SENI GAMELAN, ANTARA SENI UNGGUL YANG MENGANGKAT IDENTITI ASAL USUL MELAYU?
BARU-BARU INI, DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) MENJADI SANGGAR PENYATUAN GAMELAN DARI DUA NEGARA RUMPUN MELAYU, MALAYSIA DAN INDONESIA BAGI FESTIVAL GAMELAN NUSANTARA 2024.
ANTARA ORANG KUAT YANG MENJAYAKAN FESTIVAL ITU TIDAK LAIN TIDAK BUKAN, FIGURA POPULAR DALAM DUNIA GAMELAN, PENGARAH MUZIK DAN KONDUKTOR, KU ZAHIR KU AHMAD, ATAU LEBIH MESRA DISAPA CIKGU KU.
SELAIN PENGLIBATAN KUMPULAN GAMELAN TERKEMUKA, OMAH GAMELAN DIBAWA BAPAK WIBOWO DITERBANGKAN KHAS DARI YOGYAKARTA INDONESIA, KUMPULAN DARI MALAYSIA JUGA TIDAK KURANG HEBATNYA SEPERTI GEMA GAMELAN UNITEN, GEMA GANGSA UIAM, SANGGAR KIRANA UTP, GANGSAPURA KL DAN GITA SAHMURA UKM.
USAI MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN FESTIVAL, CIKGU KU MELUANGKAN MASA UNTUK DITEMUBUAL SEKETIKA MENGULAS MENGENAI SENI GAMELAN DAN MESEJNYA KEPADA UMUM DI LUAR SANA.
CIKGU KU YANG BERPENGALAMAN BERADA DI BELAKANG TABIR DI SEBALIK ORKESTRA TRADISIONAL NIRMALA, BALQIS DAN HATI KAMA ITU MEMPUNYAI MESEJ UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA KERAJAAN SUPAYA MENGANGKAT DAN MEMARTABATKAN GAMELAN KERANA TIDAK MAHU IA HILANG DITELAN ZAMAN.
“GAMELAN PERLU DIDEDAH DAN DIANGKAT DI SEMUA PERINGKAT. DI SEKOLAH, DI UNIVERSTI LEBIH BERSIFAT KOMERSIAL DENGAN PENGENALAN ALAT GAMELAN DAN UKM ANTARA YANG TERAWAL MENJADIKAN GAMELAN SEBAGAI ANAK ANGKAT, PENGGIAT JUGA KENA BUAT BANYAK FESTIVAL KERANA GAMELAN PERLU ADA HALA TUJU”
ANAK MURID ARWAH PAKNGAH SUHAIMI SELAMA 16 TAHUN ITU JUGA SENTIASA MEMPERBAHARUI KEMAHIRAN SENI GAMELAN SEIRING ARUS PEMBANGUNAN MODEN MENGGUNAKAN SEJENIS ALAT NANOPAD BAGI MENARIK MINAT ANAK MUDA LEBIH DEKAT MENGENALI GAMELAN.
SERBA SEDIKIT MENGENAI ASAL GAMELAN, CIKGU KU BERKATA PERKATAAN GAMELAN BERASAL DARI SUKU KATA JAWA, GAMEL BERMAKSUD PUKUL ATAU TUKUL.
MENURUT BUAH MULUT ORANG LAMA, GAMELAN BUKAN SAHAJA DIGUNAKAN UNTUK HIBURAN DI ISTANA SEPERTI DIDAKWA BERASAL DARI ISTANA PENYENGAT DI RIAU, LINGGA YANG KETIKA ITU DI BAWAH KERAJAAN JOHOR TETAPI DIGUNAPAKAI KETIKA BERPERANG.
BUNYI PALUAN GAMELAN YANG INDAH ITU DIJADIKAN NOT BUNYI TERTENTU SEBAGAI KOD RAHSIA YANG MENJADI PETUNJUK KEHADIRAN MUSUH SELAIN UNTUK MENGELIRUKAN MUSUH DALAM DIAM.
MENURUT SUMBER SEORANG BLOGGER PENGKAJI SEJARAH, BANYAK VERSI SEJARAH GAMELAN.
DAKWANYA, FAKTA GAMELAN DI TANAH MELAYU WUJUD SEJAK KURUN KE-17, TETAPI ADA PIHAK BERANGGAPAN IA MASUK KE SINI PADA TAHUN 1930.
ADA YANG MENGATAKAN GAMELAN KETIKA PEPERANGAN WUJUD PADA KURUN KE-15 DI JAWA BARAT.
BUKAN SAHAJA VERSI SEJARAH, ALAT GAMELAN, BUNYI DAN MELODI MASING-MASING JUGA BERBEZA.
PERSOALANNYA DI SINI, SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAHULUNYA DIKENALI TANAH BESAR SUNDA ATAU SUNDALAND, SEBUAH DARATAN SEBELUM TERDEDAH GLASIER 2 JUTA TAHUN LALU DAN TERBENTUK WILAYAH MASING-MASING.
ADAKAH GAMELAN SUDAH WUJUD JUTAAN TAHUN DAHULU SEBELUM IA BERKEMBANG MENGIKUT CITARASA SETIAP WILAYAH SEPERTI MASA KINI?
SUMBER RUJUKAN
https://bilakuberlagu.blogspot.com/2011/06/kelakar_14.html?m=1