PUTRAJAYA – Sebagai satu langkah dalam mendigitalkan sukan udara Malaysia, Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) melancarkan aplikasi baharu secara rasmi dikenali Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS).
Ia dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
“Kami amat berbesar hati kerana YB Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, berbesar hati untuk merasmikan SAMS pada hari ini,” kata presiden MSAF, Nurhaqimy Ismail.
“Ini adalah satu sukan yang telah diwartakan dalam Akta Pembangunan Sukan dimana ianya dikenali sebagai ‘Air Sports’.
“Menariknya, selepas diwartakan perkakasan atau peralatan digunakan itu boleh juga digunakan untuk rebat cukai sebanyak RM1 000, kata YB Hannah.
Kementerian Belia dan Sukan mahu mewujudkan kerjasama dengan MSAF untuk membangunkan kursus-kursus berkaitan TVET untuk industri sukan supaya anak-anak muda yang mempunyai minat dalam sukan boleh mendapatkannya.
Pembangunan aplikasi SAMS adalah hasil kerjasama kolektif bersama rakan strategik MSAF iaitu Identex Digital Sdn Bhd yang memainkan peranan penting dalam membangunkan perisian tersebut, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyumbang kepakaran mereka dalam penyelidikan dan pembangunan sukan dron dan AIM Aerial Technologies yang memberikan sokongan mereka dengan melakukan penjejakan dan pemantauan langsung, Generali Insurance Malaysia Berhad pula memastikan keselamatan pemain sukan udara dan keselamatan semua aktiviti sukan udara dengan menyediakan perlindungan insurans, dan tidak dilupakan Futurise Sdn Bhd yang bekerjasama dengan MSAF untuk membangunkan manual latihan, pemetaan perlaksanaan dan rangka kerja untuk sukan dron.
Kerjasama kolektif ini menekankan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan Sukan Udara Malaysia. SAMS turut mewakili lonjakan teknologi digital yang ketara ke masa hadapan buat sukan udara dan penerbangan rekreasi.
Aplikasi inovatif ini menyepadukan pelbagai fungsi, termasuk mengurusan lesen, sijil, kedudukan individu, sistem SOS, acara yang sedang dilakukan oleh individu, penjejakan langsung, buku log dan banyak lagi modul yang akan datang, semuanya bagi memudahkan individu yamg terlibat dalam sukan udara mematuhi peraturan keselamatan yang ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Aplikasi mudah alih ini menyatukan semua keperluan komuniti sukan udara menjadi satu platform yang boleh diakses dan mesra pengguna, menjadikan penerbangan rekreasi dan sukan udara lebih mudah dan selamat untuk semua orang.
Jadi, diharapkan dengan kertas sahaja kanak-kanak boleh dicungkilkan bakatnya. Dengan adanya aktiviti sukan udara ini, minat kanak-kanak terhadap mata pelajaran sains seperti fizik akan meningkat di sekolah, kata YB Hannah ketika bersama Media di Putrajaya disini hari ini.
Kami dengan ini berbesar hati menyatakan bahawa SAMS telah menerima pelbagai pengiktirafan dan permintaan di peringkat antarabangsa, terutamanya daripada Persekutuan Sukan Udara Asia, yang telah menyatakan minat mereka yang mendalam untuk mengguna pakai SAMS untuk sistem sukan udara mereka.
Sambutan yang menggalakkan ini menyerlahkan lagi potensi SAMS untuk mengubah dan memudahkan pengurusan sukan udara bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh benua.
Oleh itu, MSAF akan terus meningkatkan dedikasi untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi komuniti sukan udara dan penerbangan rekreasi ini.
Dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MSAF juga akan menumpukan usaha untuk mendapatkan semua pihak bagi memastikan standard keselamatan tertinggi bagi komuniti sukan udara di samping memupuk pembangunan sektor dinamik ini.