editormaxinfo@gmail.com
KUALA LUMPUR – Usaha untuk terus memartabatkan seni persembahan teater tidak pernah padam oleh anak-anak seni negara, tidak kira siapa atau di mana diadakan, persembahan teater tetap punya golongan peminatnya sendiri.
Pertubuhan Pembangunan Ehsan dan Multimedia (PPEM) baru-baru ini turut mengambil peluang mengadakan pementasan Teater “Jalan Ke Akhirat”.
Teater yang dipentasakan di Store Teater Wisma DBP pada 9 dan 10 Ogos itu turut mendapat kerjasama daripada ramai pihak dan jabatan.
Diadakan pada jam 9 malam, pementasan teater ini dipersembahkan melalui 4 buah persembahan Mono yang bertemakan kebenaran menewaskan kemungkaran mencari kebenaran dan jalan yang lurus menuju akhirat.
Ada yang gagal dan ada yang lulus. Persembahan Mono ini berdurasi 30 hingga 40 minit setiap satu atau 120 minit keseluruhan persembahan.
Sebanyak 4 buah persembahan mono itu ialah; SIRNA – dilakonkan oleh Razali Ridzuan, KUDUS – dilakonkan oleh Dayang Hafidah @ Dinda Halim, MADANI – dilakonkan oleh Aloeng Silalahi dan NERAKA – dilakonkan oleh Roslee Mansor.
Pengarah Program yang juga Pengerusi PPEM Razali Hussain turut mengambil bahagian sebagai penyanyi selingan Breaker dengan menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu pada malam pertama dan Angin Malam pada malam kedua.
Selama dua malam pementasan diadakan dan Alhamdulillah Full House.
Keempat-empat karya ini adalah nukilan saudara Roslee Mansor yang juga bertindak sebagai Pengarah dan Pelakon.
Projek pementasan teater ini telah mendapat suntikan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK-MOTAC) dengan dibantu Rakan Strategik Dewan Bahasa Pustaka, Teater Hidayah dan Sani Char Kue Tiaw.
Menurut Razali, pementasan Teater “Jalan Ke Akhirat” ini akan cuba diusahakan untuk dipentaskan secara Tour pada tahun hadapan.
“Kami gembira apabila teater ini mendapat sokongan ramai pihak dan sambutan menggalakkan daripada ramai penonton.
“Oleh itu, kami berharap dan sedang berusaha untuk membawa teater ini ke seluruh negara dan mementaskannya di tempat yang menjadi kegemaran orang ramai,” katanya.