Kuala Lumpur, 26 Oktober 2024 – Ketua Kluster Politik Gerak Tempur MedSos Rakyat MEMO, Shahbudin Embun, hari ini mengumumkan bahawa beliau telah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai aktiviti tidak beretika dan berniat jahat di sebuah kumpulan WhatsApp yang dipercayai mengancam kestabilan kerajaan.

Menurut Shahbudin, kumpulan WhatsApp yang dinamakan Perjuangan Orang Melayu, yang mempunyai seramai 304 ahli, telah menjadi platform bagi menyebarkan pelbagai maklumat fitnah, ugutan, dan naratif berunsur ekstrem yang mensasarkan YAB Perdana Menteri (PMX), YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Zahid Hamidi, serta pentadbiran Kerajaan MADANI.

Antara individu yang dilaporkan Shahbudin adalah seorang admin kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Along Ajie (dengan nombor telefon 011-1002-9438). “Posting yang disebarkan oleh admin ini bukan sahaja tidak beretika tetapi juga memaparkan bahasa kasar, fitnah keterlaluan, serta ancaman yang boleh mempengaruhi ratusan ahli dalam kumpulan tersebut,” jelas Shahbudin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kumpulan ini telah menjadi tempat penyebaran maklumat lapuk yang sengaja dikongsi untuk mengelirukan dan menyemai kebencian terhadap pimpinan negara. “Saya terpanggil untuk membuat laporan ini supaya pihak berwajib boleh mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Saya yakin kegiatan mereka ini mungkin dibiayai oleh pihak berkepentingan dari Parti PN dan PAS,” katanya lagi.

Shahbudin juga menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan bukti berupa tangkapan layar (screenshot) dan salinan mesej sebagai sokongan kepada laporan yang telah dibuat kepada pihak PDRM dan MCMC.

Beliau berharap tindakan segera daripada pihak berkuasa dapat mengurangkan penyebaran maklumat berunsur fitnah dan ancaman sebegini yang dilihat semakin berleluasa di media sosial dan aplikasi mesej.

Leave a Reply