KUALA LUMPUR – Merayakan ulang tahun ke-10 dengan penuh meriah baru-baru ini, Pusat tuisyen terkemuka, PTTI terus meniti pencapaian yang hebat selama sedekad.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi bukti kepercayaan yang semakin kukuh daripada masyarakat terhadap peranan PTTI dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

Sejak ditubuhkan, PTTI telah berkembang pesat menjadi salah satu pusat tuisyen yang paling dihormati di negara ini, khususnya dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dengan menyediakan bimbingan berkualiti tinggi, PTTI berjaya membantu lebih 100,000 pelajar di seluruh negara untuk mencapai keputusan cemerlang.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, yang mesra disapa sebagai Cikgu Fana, berkongsi bahawa perjalanan PTTI dimulakan dengan tujuan kecil, iaitu untuk memberi bantuan kepada pelajar SPM dan memenuhi minat mendalamnya dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, sejak penubuhan PTTI, lebih 2,000 pelajar telah berjaya mengubah keputusan peperiksaan mereka dari G ke A.

“Alhamdulillah, sepanjang sepuluh tahun ini, PTTI telah memenangi beberapa anugerah berprestij, termasuk Brand Laureate Award.

“Kami sangat bersyukur atas sokongan dan kepercayaan ibu bapa yang memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan,” kata Cikgu Fana dengan penuh rasa syukur.

Bukan itu sahaja, PTTI turut memanfaatkan teknologi dalam pembelajaran dengan menyediakan aplikasi pembelajaran sendiri.

Cikgu Fana turut menambah bahawa visi jangka panjang PTTI adalah untuk menjadi “Netflix of Education”, dengan sasaran memiliki 2 juta pelanggan menjelang tahun 2028.

Beliau juga menyatakan bahawa komitmen PTTI untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tidak pernah luntur.

“Kejayaan yang kami capai hari ini adalah hasil usaha bersama, termasuk sokongan daripada ibu bapa, pelajar, dan tenaga pengajar yang berdedikasi,” katanya lagi.

Antara pencapaian yang paling membanggakan bagi PTTI adalah kadar kelulusan pelajar yang tinggi serta penggunaan pendekatan pembelajaran inovatif melalui platform dalam talian dan modul pembelajaran yang tersusun rapi.

PTTI juga tidak ketinggalan dalam mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah Best Education Companies in Dubai 2022.

Dengan tekad yang kukuh, PTTI berhasrat untuk terus memperluas pengaruhnya dan menyentuh lebih banyak kehidupan pelajar di seluruh Malaysia pada dekad yang akan datang.

Dengan sokongan yang berterusan daripada semua pihak, PTTI yakin dapat mencapai lebih banyak kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Kejayaan ini adalah bukti bahawa pendidikan yang berkualiti dan dedikasi tanpa henti akan membuka jalan bagi masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

By Cynthia

Leave a Reply