SHAH ALAM – Jenama kecantikan yang terkenal dengan komitmen terhadap standard tinggi dan etika yang patuh syariah, Dermalene, baru-baru ini mengumumkan satu langkah besar dengan melantik Ustazah Asma’ Harun sebagai penasihat syariah rasmi mereka.

Kerjasama strategik ini dibuat melalui sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempromosikan kecantikan yang selamat dan patuh syariah, serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya memilih produk kecantikan yang halal dan beretika.

Pengasas Dermalene Dr. Alina Hasni berkata, pelantikan Ustazah Asma’ Harun adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mendidik masyarakat tentang rawatan kecantikan yang menepati nilai-nilai Islam.

“Kami sangat yakin dengan kepakaran Ustazah Asma’ Harun, yang bukan sahaja membawa pengalaman luas, tetapi juga nilai-nilai Islam yang selari dengan visi dan misi jenama kami,” katanya.

Sementara itu, Ustazah Asma’ Harun, yang terkenal sebagai pendakwah dan ahli dalam bidang gaya hidup Islam, turut menyatakan komitmennya untuk memastikan kecantikan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah selaras dengan prinsip syariah.

Beliau menegaskan, rawatan tanpa suntikan yang diperkenalkan oleh Dermalene adalah seiring dengan garis panduan syarak.

“Suntikan bukanlah satu-satunya aspek yang perlu dipertimbangkan dalam soal patuh syariah. Yang lebih penting ialah bahan yang digunakan dan keselamatan rawatan itu sendiri,” katanya.

Beliau juga turut mengingatkan agar memilih pusat kecantikan yang benar-benar mengutamakan aspek halal, dan menolak tawaran kerjasama dari pusat kecantikan lain yang mencampurkan rawatan patuh syariah dengan yang tidak menepati piawaian Islam.

Sementara itu, Dermalene baru-baru ini turut mendapat pengiktirafan dengan pensijilan ISO 9001:2015, yang membuktikan komitmen mereka terhadap pengurusan kualiti yang tinggi.

Pensijilan ini turut memperkukuhkan keyakinan pelanggan terhadap profesionalisme produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Dermalene juga akan melancarkan program Raya Ready 2025 dengan jenama terkenal Siti Khadijah untuk memberikan pengalaman kecantikan terbaik menjelang Hari Raya.

Tidak hanya itu, Dermalene juga sedang dalam proses pengubahsuaian cawangan Bangi untuk menambah ruang bagi lebih ramai pelanggan, dan merancang pembukaan cawangan baru di Melaka.

“Dengan semua inisiatif ini, kami berharap dapat terus memberi nilai tambah kepada masyarakat melalui perkhidmatan kecantikan yang beretika dan selaras dengan nilai-nilai Islam,” kata Dr. Alina lagi.

Dermalene juga mengalu-alukan sokongan pelanggan dan masyarakat untuk terus memperkukuh komitmen mereka terhadap kecantikan yang selamat dan memenuhi syariah.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Dermalene atau mengikuti perkembangan terkini mereka di media sosial.

By Cynthia

Leave a Reply