oplus_0
oplus_0

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2025 – Alumni 4B Malaysia hari ini melancarkan Tabung Kebajikan bagi membantu ahli-ahli yang memerlukan di seluruh negara. Tabung ini diwujudkan sebagai inisiatif untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas ahli 4B yang menghadapi kesulitan seperti bencana banjir, kebakaran, sakit, atau kematian.

Presiden Alumni 4B Malaysia, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad, berkata tabung ini diwujudkan kerana badan NGO tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak. “Kita buat keputusan untuk membantu ahli-ahli alumni 4B yang memerlukan. Sumbangan yang diterima adalah daripada ahli korporat, negeri-negeri, dan individu,” jelasnya.

Setakat ini, tabung tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak RM117,000. Dana ini akan disalurkan berdasarkan penilaian keperluan semasa oleh jawatankuasa tabung. “Kita serahkan kepada pengerusi tabung untuk mengenal pasti cara bantuan ini disalurkan, sama ada untuk bencana, kesihatan, atau keperluan lain,” katanya ketika ditemui media di peluncuran tabung kebajikan diperkarangan pejabat Alumni 4B disini.

oplus_0

Alumni 4B Malaysia mempunyai lebih 85,000 ahli berdaftar di seluruh negara. Setiap negeri mempunyai perwakilan berdasarkan jumlah ahli, dengan setiap negeri diwakili oleh 30 orang tanpa mengira jumlah ahli melebihi 5,000 orang.

Bagi memastikan kelangsungan tabung, Alumni 4B menggalakkan setiap negeri mewujudkan tabung kebajikan sendiri. “Tabung kebajikan negeri akan digunakan untuk keperluan negeri, manakala tabung pusat akan digunakan untuk bantuan keseluruhan,” ujar Syed Azmi.

Selain itu, Alumni 4B juga akan meminda perlembagaan mereka untuk menyesuaikan had umur ahli berikutan pindaan Akta Belia 2026 yang menetapkan had umur belia kepada 30 tahun. “Kita akan tukar perlembagaan supaya mereka yang berumur 31 tahun ke atas boleh menyertai alumni tanpa perlu menunggu 10 tahun,” jelasnya.

Bagi organisasi atau individu yang ingin menyumbang, Alumni 4B akan mempromosikan akaun tabung mereka melalui media sosial kelak. “Kita mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak untuk membantu ahli-ahli kita,” kata Syed Azmi.

Leave a Reply