KUALA LUMPUR – Converse MY baru-baru ini melancarkan Creative Exploration, sebuah aktivasi jenama dalam kempen LOVE, CHUCK yang diadakan serentak di seluruh dunia.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh tetamu kehormat, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar.

Aktiviti ini adalah hasil kerjasama antara tiga pihak utama iaitu Converse MY, Balai Seni Negara, serta UiTM dan MIA.

Kempen LOVE, CHUCK adalah inisiatif global yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara jenama dan budaya di seluruh dunia.

Bagi tahun 2025, Creative Exploration menjadi platform utama bagi Converse MY dalam menyokong kreativiti tempatan dan memperkenalkan seni kreatif Malaysia ke dunia fesyen komersial.

Dalam aktivasi ini, pelajar-pelajar terpilih dari UiTM dan MIA diberi peluang untuk menghasilkan karya seni dengan menggunakan kasut Chuck Taylor sebagai bahan utama.

Karya-karya ini turut dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara dari 28 Februari hingga 12 April, sebelum dipamerkan di cawangan-cawangan utama Converse di Lembah Klang.

Creative Exploration memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar seni mengenai aplikasi seni dalam ruang fesyen komersial dan membuka peluang untuk mereka berinteraksi dengan Balai Seni Negara, yang juga berperanan sebagai peneraju seni visual negara.

Selain itu, aktiviti ini turut memberi impak positif terhadap reputasi Balai Seni Negara sebagai rakan strategik dalam seni kontemporari Malaysia.

Penglibatan UiTM dan MIA turut mengukuhkan kedudukan mereka sebagai institusi pendidikan yang berdaya saing dalam mencipta bakat-bakat baru untuk industri seni kreatif tempatan.

Komitmen mereka dalam menjalinkan kerjasama mampan menunjukkan usaha mereka untuk terus memberi impak kepada perkembangan seni kreatif negara.

Ketua Pengajian Seni Reka dari UiTM, Dr. Shaliza Mohd Shariff, berkata, Creative Exploration adalah satu peluang yang luar biasa untuk pelajar mereka mengembangkan bakat masing-masing.

Kami berharap kerjasama ini tidak hanya berhenti di sini, tetapi akan terus berkembang dan memberi peluang lebih luas kepada pelajar untuk meneroka dunia seni dengan lebih jauh lagi,” katanya.

Converse MY melalui aktivasi Creative Exploration membuktikan komitmennya dalam memperkasa seni kreatif tempatan dan membuka ruang lebih besar untuk generasi seni kreatif Malaysia yang berdaya saing.

By Cynthia

Leave a Reply