
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2025 – Hasil usaha gigih dan rundingan diplomatik yang diterajui oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, bersama Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Wira Megat Zulkarnain Bin Omardin, delegasi Malaysia telah berjaya mencapai kejayaan signifikan dalam memperkukuh hubungan dua hala dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Lawatan rasmi ke institusi pengajian Islam terulung dunia itu pada Februari 2025 membuahkan hasil apabila pihak Universiti Al-Azhar memberikan maklum balas positif terhadap permohonan Malaysia untuk tambahan kuota pelajar dalam bidang kritikal seperti perubatan, farmasi, dan pergigian.
Lebih membanggakan, Universiti Al-Azhar bersetuju memberikan diskaun khas ke atas yuran pengajian untuk pelajar tajaan MARA. Khususnya, yuran bagi kursus perubatan dikurangkan daripada RM150,000 kepada RM85,000 bagi tempoh lima tahun. Ini merupakan penjimatan besar yang mampu memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar Melayu/Bumiputera.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memastikan lebih ramai anak-anak Melayu/Bumiputera dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang berimpak tinggi di luar negara dengan kos yang lebih mampu milik.
Datuk Mohd Razlan Rafii, Setiausaha Politik YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, menegaskan bahawa kejayaan ini membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh UMNO dalam memastikan pendidikan berkualiti terus dapat diakses oleh generasi muda Bumiputera.
“Kejayaan seperti ini wajar disebarluaskan agar rakyat tahu kebenaran, bahawa dakwaan pembangkang kononnya UMNO tidak membantu Melayu adalah satu sangkaan jahat dan tidak berasas,” katanya.
Beberapa cadangan tambahan juga telah dibawa kepada perhatian YAB Timbalan Perdana Menteri, termasuk usaha untuk menyambung semula program penajaan MARA kepada pelajar Melayu/Bumiputera dalam bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar.
Langkah ini membuka ruang masa depan lebih cerah buat generasi muda untuk menggapai impian dalam bidang profesional, sekali gus memperkasa kedudukan Bumiputera dalam sektor kesihatan negara.
#PendidikanUntukBumiputera #MARA2025 #AlAzharMesir #UMNOBelaMelayu #PendidikanBerkualiti #KerajaanPerpaduan #DiskaunYuran #AnakMelayuCemerlang #PelajarTajaanMARA #BumiputeraKeLuarNegara