KUALA LUMPUR, 17 Mei 2025 – Sistem ISO yang dikendalikan oleh Advanced Aesthetic Asia Academy (M) Sdn Bhd kini menjadi antara institusi terunggul di Asia dalam bidang latihan kecantikan, menurut Pengasas bersamanya , Dr Chin Kim Yoon.

Menurut Dr Chin, pendekatan pembelajaran akademi ini menggabungkan teori dan praktikal secara seimbang, dengan nisbah 50:50. Setiap modul latihan direka bentuk mengikut piawaian ISO dan disokong dengan sistem e-pembelajaran. Pelajar hanya dibenarkan menghadiri bengkel praktikal selepas lulus ujian dalam talian bagi setiap modul.

“Silibus kami adalah yang pertama di Asia mendapat pensijilan ISO dan menggunakan sistem e-learning. Semua bahan pembelajaran disediakan secara dalam talian dan setiap pelajar perlu lulus ujian sebelum melangkah ke peringkat seterusnya,” jelas Dr. Chin.

Kelayakan minimum untuk menyertai akademi ini adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun bagi mereka yang tiada kelayakan akademik, pengalaman kerja 2-3 tahun di pusat kecantikan juga diambil kira.

Latihan dijalankan dalam bahasa Mandarin, namun sistem pelbagai bahasa membolehkan ia diakses oleh peserta dari pelbagai latar belakang. Sepanjang tempoh pengendalian sejak 2017 dan penubuhan akademi pada 2018, tiada sebarang insiden dilaporkan, menandakan tahap keselamatan yang tinggi dalam semua latihan yang tidak melibatkan prosedur invasif atau pembedahan.

Dr.Chin turut memaklumkan bahawa akademi ini telah berjaya melatih lebih 800 usahawan kecantikan di seluruh Asia Pasifik, khususnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hanya tiga jurulatih tersijil ISO dibenarkan melatih para pengedar – dua daripadanya adalah pakar industri, manakala satu lagi adalah jurulatih utama dari akademi itu sendiri.

Audit ISO turut dijalankan secara berkala bagi memastikan setiap kursus memenuhi piawaian tinggi dan proses pembelajaran yang telus. “Sistem ini dibangunkan sejak 2002, dan hingga kini, tiada syarikat kecantikan lain di Asia yang berjaya mencapai tahap kami,” tambah Dr.Chin

#KecantikanProfesional #AkademiISO #LatihanKecantikan #ElearningAsia #UsahawanWanita #KecantikanSelamat #SijilISO #BeautyEntrepreneur #KursusKecantikan #KecantikanTanpaRisiko

Leave a Reply