Oplus_16777216

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2025
Himpunan Melayu Berdaulat yang berlangsung semalam, 24 Mei, menyaksikan kebangkitan kesedaran dalam kalangan pemimpin Melayu dari pelbagai latar belakang termasuk NGO, parti politik, dan masyarakat umum bahawa penyatuan Melayu adalah keutamaan mutlak dalam mempertahankan kuasa, maruah, dan kedaulatan bangsa.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa, beliau menegaskan bahawa bangsa Melayu kini berdepan cabaran yang serius, termasuk usaha memecahbelahkan perpaduan Melayu, memperlekehkan agama Islam, mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Perkara 153, serta ancaman pembangunan bandar menerusi RUU URA yang dikhuatiri akan meminggirkan orang Melayu.

Lebih membimbangkan, titah tambahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkaitan Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM) turut dipersoalkan di mahkamah, yang dilihat sebagai cubaan mencabar institusi diraja.

“Sudah sampai masanya semua pemimpin Melayu berada di bawah satu wadah – satu payung besar Melayu – tanpa mengira latar belakang politik, NGO atau NGI. Kita perlu segera bertindak menyatukan saf demi masa depan bangsa dan negara,” ujar Mohd Zai Mustafa.

Himpunan itu memberi isyarat jelas bahawa hanya dengan mengetepikan perbezaan dan berganding bahu, penyatuan ummah dapat dicapai demi mempertahankan perpaduan nasional yang telah terbina sejak sekian lama.

UMMAH menyeru semua pihak untuk tidak lagi bertangguh, sebaliknya menunjukkan iltizam politik dan moral untuk membina penyatuan Melayu yang jitu.

#HimpunanMelayuBerdaulat #PenyatuanUmmah #PertahanMaruahMelayu #KuasaMelayu #BersatuDemiBangsa #AgendaMelayu #UMMAH2025 #JagaPerlembagaan #IslamDihormati #SatuPayungMelayu

Leave a Reply