‘MyCar Bukan Syarikat Asing’
PETALING JAYA – MyCar, salah satu aplikasi e-hailing tempatan yang kian berkembang, hari ini tampil menyeru kerajaan agar kekal tegas dalam keputusan menghentikan operasi dua syarikat e-hailing asing menjelang 24 Julai 2025.

Dalam sidang media yang berlangsung di ibu negara, Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Dato’ Noor Sheena, bersama Pegawai Pendaftaran Pemandu, Encik Ramesh, menzahirkan kebimbangan terhadap pengaruh syarikat asing yang didakwa sering melanggar peraturan sedia ada tanpa tindakan penguatkuasaan yang konsisten.
“Kerajaan dah tahu macam syarikat luar negara banyak buat kesilapan, bukan sekali, tapi berulang kali. Tapi banyak peluang masih diberikan. Kalau dibiarkan, warga asing tanpa lesen sah dan insurans boleh memandu tanpa pengawasan APAD atau JPJ,” kata Dato’ Noor Sheena.
Beliau turut menegaskan bahawa MyCar sebagai syarikat tempatan telah mematuhi semua keperluan perundangan, termasuk memiliki EVP, lesen PSV, dan membayar cukai.
“Kami mohon kerajaan bantu dan sokong kami. Kami bukan syarikat luar yang datang ambil untung dan lari. Kami di sini untuk rakyat Malaysia.”

Encik Ramesh, yang telah menjadi pemandu MyCar sejak 2018, pula berkongsi pengalaman peribadi sebagai bukti kesetiaannya terhadap aplikasi tempatan.
“Saya online dekat Batu Caves, ada booking dari Genting Highlands. Jarak 64km pun saya ambil juga sebab saya tak nak customer tolak MyCar ke tepi. Saya tak ambil apps lain. Saya sayang MyCar.”
Tambah beliau, budaya kekeluargaan yang ditanam oleh MyCar menjadi keunikan utama syarikat ini. Mereka membantu pemandu tanpa mengira latar belakang bangsa, termasuk jika berlaku kecemasan atau masalah kesihatan.
MyCar juga menggesa pemandu supaya kekal aktif dalam sistem bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang efisien dan meyakinkan.
“Kalau kita tak online tapi komplain job tak ada, itu tak adil. Bila job ada tapi driver tak online, customer takkan dapat servis. Kita perlu sama-sama aktif.”
Kenyataan tersebut diakhiri dengan gesaan kepada masyarakat dan kerajaan agar memberikan sokongan penuh terhadap platform e-hailing tempatan demi memastikan industri ini bebas daripada dominasi luar dan kekal berpaksikan kepentingan rakyat Malaysia.
“Kami bukan asing. Kami tempatan. MyCar adalah milik rakyat Malaysia. Sokonglah kami,” ujar mereka.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Ramesh di talian: 018-376 9577.
#SokongMyCar #EHailingTempatan #LindungiPemanduMalaysia #MyCarUntukRakyat #TolakEHailingAsing #EHailingPatuhUndang #MyCarPrihatin #SokongAplikasiLokal #BersamaPemanduTempatan #MalaysiaUntukMalaysia