
KUALA LUMPUR, 12 September 2025 – Perkhidmatan e-hailing tempatan, MyCar, hari ini diumumkan secara rasmi sebagai Rakan E-Hailing Rasmi bagi acara perdagangan halal terkemuka dunia, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025, yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 20 September 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Majlis pengumuman rasmi disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato’ Sri Mustafa Abdul Aziz, yang turut menzahirkan penghargaan kepada MyCar atas komitmen menyediakan perkhidmatan mobiliti mesra pengguna, sekaligus menyokong akses kepada pameran halal berskala antarabangsa itu.
Ini adalah kali kedua MyCar diberi mandat untuk menjadi rakan mobiliti rasmi bagi MIHAS, sekali gus membuktikan kredibiliti syarikat tempatan tersebut dalam menyokong ekosistem acara berskala global.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena, berkata pihaknya amat berbesar hati kerana sekali lagi diberi peluang oleh MATRADE.

“Kami berbangga kerana diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada MIHAS. Tahun ini, kami bertekad untuk menyediakan pengalaman e-hailing yang lebih lancar dan selesa, bukan sahaja untuk pengunjung tempatan, tetapi juga untuk delegasi antarabangsa,” katanya.
Sebagai tambahan, pengunjung MIHAS 2025 boleh menikmati diskaun RM5 bagi perjalanan ke MITEC menggunakan aplikasi MyCar dengan memasukkan kod promosi MIHAS25. Tawaran ini dijangka memberi kemudahan dan menjimatkan kos perjalanan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

MIHAS 2025 bakal menghimpunkan lebih 300 pembeli antarabangsa dan pelbagai syarikat tempatan yang berpeluang memperluas rangkaian perniagaan mereka ke pasaran global. Selain pameran produk dan perkhidmatan halal, acara ini juga menampilkan sesi padanan perniagaan, forum industri, serta pelancaran inisiatif baharu dalam ekosistem halal.
Lebih istimewa, Perdana Menteri dijadualkan merasmikan MIHAS 2025 pada 19 September, menjadikan acara ini sebagai antara platform penting dalam mengangkat Malaysia sebagai hab halal dunia.
Kerjasama strategik antara MyCar dan MATRADE bukan sahaja memperkukuh ekosistem MIHAS, malah mencerminkan potensi besar syarikat tempatan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui teknologi dan inovasi.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.mycar.com.my atau memuat turun aplikasi MyCar di peranti mudah alih masing-masing.
#MyCarXMIHAS2025 #MIHAS2025 #HalalShowcase #MATRADE #MyCarMalaysia #RakanMobilitiRasmi #HalalEconomy #EhalilingMalaysia #MITEC #GlobalHalalHub