KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, meramalkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurut beliau, walaupun kes melibatkan Najib masih dalam proses mahkamah dan beliau enggan mengulas secara lanjut bagi menghormati sistem kehakiman, keyakinan bahawa pembebasan akan berlaku tetap tinggi.
“Saya yakin, Nujum Pak Belalang saya kata Najib akan bebas sebelum PRU16. Kalau nak tahu PRU16 bila, saya ramalkan tahun 2026 – awal, tengah atau akhir itu kita lihat nanti,” katanya ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin dalam satu program santai.
Dr. Azam menegaskan beliau tidak mahu dilihat menghina mahkamah atau mencampuri urusan perundangan, namun berpegang kepada prinsip bahawa sistem kehakiman negara perlu menjadi “benteng yang adil dan saksama” untuk semua rakyat, termasuk Najib.
Beliau turut menyeru agar penyokong Najib kekal sabar dan percaya bahawa keadilan akan berpihak kepada bekas Perdana Menteri itu.
“Mahkamah harus adil, saksama, dan saya yakin insya-Allah Najib akan bebas sebelum PRU16,” tambahnya lagi.
Kenyataan ini sekaligus mencetuskan spekulasi hangat dalam kalangan pemerhati politik berhubung kemungkinan perkembangan kes Najib serta impaknya terhadap persiapan UMNO menghadapi PRU16.
#NajibRazak #PRU16 #UMNO #AzamRauzan #KeadilanUntukNajib #PolitikMalaysia #IsuSemasa #Mahkamah #NajibKembali #PRU2026