Syarikat E-Hailing Bumiputera Islam Angkat Agenda Halal

KUALA LUMPUR, 17 September 2025 – MyCar hari ini mengumumkan kerjasama strategik sebagai Rakan Strategik Global Halal Summit (GHaS) serta Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025 yang berlangsung di MATRADE dari 17 hingga 22 September.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Dato’ Noor Sheena, penglibatan syarikat e-hailing tempatan itu membuktikan komitmen MyCar sebagai satu-satunya syarikat e-hailing Melayu Bumiputera Islam dalam menyokong agenda halal global serta memudahkan mobiliti pengunjung sepanjang penganjuran acara berskala antarabangsa ini.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada acara besar ini. Sebagai syarikat tempatan, kami mahu memberikan servis terbaik kepada pengunjung, termasuk tawaran diskaun RM5 kepada penumpang dan bonus pickup RM4 kepada pemandu MyCar,” kata beliau ketika ditemui Media AATV selepas majlis peluncuran Program GHaS di Hotel Shangri La Kuala Lumpur disini hari ini.

Selain menyediakan khidmat pengangkutan rasmi sepanjang MIHAS dan GHaS, MyCar turut aktif melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Antara inisiatif termasuk agihan zakat kepada rumah anak yatim, ibu tunggal, serta bantuan ke Palestin.

Dato’ Noor Sheena turut menyeru rakyat Malaysia untuk memuat turun aplikasi MyCar sebagai tanda sokongan kepada syarikat e-hailing Bumiputera.

“MyCar bukan sahaja menyediakan servis halal, malah aplikasi kami juga menekankan aspek halal. Inilah identiti kami sebagai syarikat Islam yang mahu terus memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” tambahnya.

MyCar sebelum ini pernah menjadi rakan strategik MIHAS pada tahun 2018 dan kini kembali kali kedua. Syarikat itu juga diumumkan sebagai e-hailing rasmi Selangor Halal International Expo 2025 yang bakal berlangsung pada bulan November dengan penyertaan Menteri Besar Selangor, isteri Menteri Besar, serta DYMM Permaisuri Selangor.

Dengan langkah ini, MyCar terus mengukuhkan kedudukannya bukan sekadar platform e-hailing, tetapi juga sebagai syarikat yang mengangkat imej halal dan tanggungjawab sosial dalam industri pengangkutan moden.

#MyCarHalalRide #HalalGlobalSummit #MIHAS2025 #SupportLocal #BumiputeraPower

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f