KUALA LUMPUR, 20 September 2025 – Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszafar Gulam Mustakim menyifatkan keputusan mahkamah menolak permohonan gag order oleh Peguam Negara berhubung isu titah addendum Datuk Seri Najib Razak sebagai satu “kemenangan moral” buat bekas Perdana Menteri itu.

Menurut beliau, tindakan Peguam Negara memohon gag order sebelum ini jelas satu langkah yang tidak wajar dan menimbulkan persoalan seolah-olah pihak kerajaan cuba menyembunyikan kebenaran mengenai isu berkenaan.

“Sejak awal lagi kita anggap ini satu kesilapan daripada pihak AG. Dan semalam bila keputusan mahkamah menolak permohonan tersebut, ini tanda adanya ketakutan daripada pihak tertentu dalam kerajaan berhubung isu addendum ini,” katanya.

Datuk Gulam turut merujuk kepada penghakiman Ketua Hakim yang menegaskan bahawa isu titah addendum bukan lagi perkara yang boleh dipertikaikan kerana Mahkamah Persekutuan sendiri telah memutuskan bahawa titah tersebut benar dan sah.

“Alhamdulillah, bagi saya ini satu kemenangan moral buat kem Datuk Seri Najib. Walaupun bukan kemenangan mutlak, tetapi ia membuka jalan kepada proses seterusnya – iaitu bagaimana kerajaan perlu melaksanakan titah diraja yang telah diputuskan pada Februari 2024, bagi membolehkan Datuk Seri Najib menjalani tahanan di rumah,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa selepas keputusan ini, fokus utama adalah memastikan kerajaan mematuhi keputusan mahkamah dan titah diraja yang telah dikeluarkan.

#NajibRazak #TitahAddendum #UMNO #Mahkamah #GagOrder #KemenanganMoral #PolitikMalaysia #AGMalaysia #TahananRumah #IsuNajib

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f