Francissca Peter, Frankie Tan & Pemuzik Istimewa Bersatu di The British International School of Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2025 – Selepas kejayaan gemilang penganjuran tahun lalu, Persatuan Pemuzik Malaysia (Musicians for Musicians, MFM) sekali lagi membawa persembahan istimewa melalui konsert Unveiling Uniqueness 2 – A Musical Celebration of Diversity 2025.

Konsert penuh inspirasi ini akan berlangsung pada Sabtu, 15 November 2025, jam 7.00 malam hingga 9.30 malam bertempat di The British International School of Kuala Lumpur.

Tahun ini, barisan pemuzik Orang Kurang Upaya (OKU) bakal disertai selebriti tersohor tanah air seperti Dato’ Francissca Peter dan Frankie Tan, yang akan tampil bergandingan di pentas membawa mesej penyatuan, kepelbagaian dan penghargaan terhadap bakat tanpa batasan.

Selain persembahan muzik menyentuh jiwa, penonton juga bakal dihiburkan dengan persembahan tarian bertenaga yang menjanjikan malam penuh warna, semangat, dan inspirasi.

“Kami amat berbesar hati kerana artis lagenda tanah air sudi bersama-sama memeriahkan konsert ini. Kehadiran mereka bukan sahaja memartabatkan pemuzik OKU, malah memberi mesej jelas tentang kepentingan inklusiviti dan penghargaan terhadap bakat istimewa,” kata Edwin Nathaniel, Pengerusi Penganjur konsert.

Tiket berharga RM80 kini dibuka untuk jualan, dengan semua hasil kutipan akan disalurkan sepenuhnya kepada usaha MFM dalam menyediakan platform serta peluang kepada pemuzik OKU di Malaysia.

Orang ramai yang ingin menyokong boleh turut menyumbang melalui pemindahan wang ke akaun rasmi Persatuan Pemuzik Malaysia di Public Bank (No Akaun: 3213 9954 08) dengan rujukan “Unveiling Uniqueness 2”. Resit rasmi akan diberikan kepada semua penderma.

MFM menjemput seluruh masyarakat hadir dan menyaksikan persembahan penuh jiwa ini, sekaligus memberi sokongan kepada pemuzik istimewa yang membuktikan bahawa bakat tidak mengenal batas.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi Facebook Unveiling Uniqueness.

#UnveilingUniqueness2 #MFMConcert2025 #MusicWithoutLimits #CelebrateDiversity #SupportPwDMusicians #InclusiveMalaysia #FrancisscaPeterLive
#FrankieTanOnStage #InspirationThroughMusic #TalentKnowsNoBoundaries

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f