KELANA JAYA, 29 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) dan Ledose Enterprise dalam satu majlis rasmi di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya.
Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais; Pengerusi YBCare, Datin Dr. Hajah Hartini Osman; Presiden WAWASANITA, Datin Dr. Norli Hj Alias; serta pengasas Ledose Enterprise, Syamimi Zafirah Binti Azlan bersama rakan strategik syarikat.



Kerjasama strategik ini akan merealisasikan penganjuran “Seminar Pemerkasaan Wanita: Kecantikan, Kemahiran & Keusahawanan” dengan fokus kepada empat teras utama:
Kesedaran & Pendidikan: membuka peluang wanita menyertai industri kecantikan.
Pemerkasaan Wanita: latihan berstruktur untuk menjana pendapatan mampan.

Latihan Mampu Milik: kursus teori & praktikal pada harga Rahmah dengan pensijilan.
Sinergi Strategik: menggabungkan kepakaran dan rangkaian semua pihak demi manfaat bersama.
Menurut YBK, kerjasama ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan komuniti wanita, sekali gus memperkukuh misi membasmi kemiskinan melalui pendidikan, keusahawanan dan kemahiran.
MoU yang berkuat kuasa sehingga 28 September 2026 ini akan membuka lebih banyak peluang di peringkat komuniti, daerah dan negeri, seterusnya melahirkan lebih ramai wanita Malaysia yang berdaya saing serta mampu menjana pendapatan demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat.
#PemerkasaanWanita #YBK #YBCare #WAWASANITA #LedoseEnterprise #WanitaBerdaya #UsahawanWanita #Keusahawanan #LatihanRahmah #EkonomiKomuniti