FWD Takaful Lancar Produk MED 2.0: Perlindungan Takaful Inklusif Untuk Golongan OKU

SETIA ALAM – FWD Takaful sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memperkenalkan produk Special MED 2.0, sebuah pelan perlindungan perubatan khusus untuk golongan ini.

Menurut En. Faiz Hafizi Bin Manap, Ketua Penentuan Harga dan Pembangunan Produk FWD Takaful, produk ini dilihat sebagai langkah strategik syarikat dalam memberi peluang kepada golongan OKU untuk menikmati perlindungan takaful yang selama ini agak sukar diakses.

“Special MED 2.0 ialah produk hospitalization seperti kad perubatan khas untuk OKU. Di Malaysia terdapat lebih 740,000 individu berdaftar sebagai OKU, iaitu sekitar 2.2% daripada populasi. Produk ini direka khas untuk mereka kerana keadaan mereka bersifat seumur hidup dan biasanya tidak dilindungi oleh produk medical biasa,” katanya.

Produk ini mula dilancarkan pada tahun 2024 dan sehingga kini telah disertai lebih 220 peserta daripada kalangan OKU. Ia boleh dipohon sepenuhnya secara atas talian tanpa perlu berjumpa ejen, dengan proses kelulusan yang pantas dalam beberapa minit sahaja.

FWD Takaful juga menekankan bahawa produk ini meliputi pelbagai kategori ketidakupayaan termasuk autisme, masalah pembelajaran, ketidakupayaan penglihatan, serta ketidakupayaan fizikal, asalkan ia berdaftar dengan pihak kerajaan.

Artis terkenal Amyra Rosli yang hadir di acara FWD Inclusive Community Day turut memuji inisiatif ini, sambil menekankan kepentingan akses takaful untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Bagi saya, inisiatif ini amat bermakna kerana ia memberi peluang kepada golongan yang kurang diberi perhatian untuk mendapatkan perlindungan kewangan. Semua orang berhak untuk merasa selamat,” ujar Amyra.

FWD Takaful berharap dengan penganjuran acara berbentuk komuniti dan kempen kesedaran yang berterusan, lebih ramai OKU termasuk di luar bandar akan mengetahui kewujudan produk ini dan mengambil bahagian.

#FWDTakaful #SpecialMED2 #InclusiveTakaful #OKUMalaysia #PerlindunganUntukSemua #TakafulInklusif #AmyraRosli #KewanganIslam #TakafulKomuniti #KesedaranOKU

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f