15 Disember 2021- Hari Ini merupakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara ALPHACOMP SOLUTION SDN BHD dengan DEWAN PERNIAGAAN & KEUSAHAWAN SELANGOR serta BEBERAPA PERSATUAN DALAM KAWASAN LEMBAH KLANG yang disaksikan oleh YB Dato’ Seri Dr.Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan bertempat di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur.
Sistem yang diperkenalkan oleh Alphacomp Solution Sdn Bhd ini adalah satu sistem yang dicipta khas bagi mengabungkan semua industri bagi mendorong para usahawan / peniaga meluaskan perniagaan mereka ke radius yang lebih besar.
Golongan sasaran kami adalah semua golongan usahawan / peniaga yang berniaga tidak kira perniagaan yang diasaskan itu secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan dan, ianya terbuka untuk semua jenis perniagaan.
Matlamat utama Alphacomp Solution Sdn Bhd adalah untuk membantu para peniaga daripada golongan B40 secara amnya untuk meningkatkan hasil jualan mereka secara lebih meluas dengan menggunakan sistem “MYSEJIRAN” yang mana sistem ini dapat mempromosikan perniagaan mereka ke radius yang lebih besar dan meluas.
Pada Majlis tersebut, DEWAN PERNIAGAAN & KEUSAHAWAN SELANGOR menyerahkan replika cheque sebanyak RM 1,200,000.00 (Ringgit Malaysia :Satu Juta Dua Ratus Ribu Sahaja) kepada Pengerusi MySejiran, Dato’ Ruslina Baharum sambil disaksikan oleh Mr. Chee Weng Hong selaku Pengarah Urusan sebagai simbolik kerjasama diantara kedua-dua belah pihak.
Setakat ini sebanyak 20 Persatuan telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk mempromosikan jualan mereka melalui sistem Mysejiran yang akan dilancarkan sepenuhnya pada awal tahun 2022.
Selaras dengan cogankata “KELUARGA MALAYSIA” kami amat menitikberatkan perihal keselamatan din warga masyarakat yang berniaga (Peniaga) dan membeli (Pembeli / Pengguna) dalam era menangani pandemik covid-19 yang semakin mencabar ini. Dalam situasi sekarang sistem inovasi yang berteknologi tinggi amat diperlukan dalam memastikan setiap daripada kita dilindungi dan dihindari dari wabak yang berbahaya ini.