KUALA LUMPUR 14 DISEMBER 2021- Sebanyak 200 buah bakul makanan telah) disumbangkan kepada Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) serta Persatuan Sindrom Down Malaysia bersempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Pengagihan Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini telah diadakan dalam satu Majlis. Pelancaran Pembukaan Restoran Roti by D’Tandoor di Jalan Damai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. PRIHATIN turut memberi sumbangan kelengkapan peralatan sekolah kepada anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Teratak Che Dahl menjelang musim persekolahan yang bakal bermula.
Kasih PRIHATIN-MAIWP merupakan satu inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama dan sokongan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertujuan untuk menunjukkan keprihatinan dan mengurangkan beban golongan kurang upaya dan pesakit yang menghidapi kanser kronik yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda. Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama-sama dan hidup sebagai ‘Keluarga Malaysia’ yang membantu antara satu sama lain.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar, dalam ucapannya menyatakan Semua usahawan PKS dan korporat perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kebajikan dititikberatkan, tidak terkecuali dalam menyantuni Insan yang kurang bernasib baik yang memerlukan sokongan untuk meneruskan layar kehidupan yang mendatang Selain itu, program yang turut dilaksanakan oleh PRIHATIN-MAIWP ini mampu memperkasakan pendekatan ‘whole of society’ selaras dengan konsep #KeluargaMalaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri.
Majlis ini turut menyaksikan pelancaran pembukaan Roti by D Tandoor di Jalan Damai, 55000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan restoran flagship’ di bawah naungan D’Tandoor Group of Companies yang sudah bermula sejak tahun 1984. D’Tandoor Food Industries adalah rangkaian Restoran Masakan India Utara yang pertama dan terbesar di Malaysia. Restoran ini semakin berkembang maju dengan memiliki sebanyak 15 cawangan di seluruh Malaysia yang turut mendapat tempat di hati masyarakat. D’Tandoor berharap agar masyarakat setempat terutama rakyat di sekitar Lembah Klang terus memberi sokongan kepada pembukaan Roti by D’Tandoor ini.
PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik dengan beberapa pihak ini mampu diperkasa melalui program- program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama agensi-agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang (Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air), Dato’ Haslina binti Abdul Hamid (Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan), Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN). Datuk Abdul Malik. Abdullah (Pengerusi D Tandoor Group of Companies merangkap Penasihat Ekonomi & Antarabangsa PRIHATIN), Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN), Datuk Wira Haji Ameer Ali bin Mydin (Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad), Dato’ Dr.lmi Sairi Bin Ab Hadi (Pengerusi YKKK), Puan Norhana Binti A. Bakar (Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia) dan Encik Yahaya Bin Abdullah (Pengerusi Teratak Che Dah).