KUALA LUMPUR – Seramai pelajar (sekolah menengah) Asrama Darul Falah (ASDAF) menerima bantuan awal persekolahan dalam Program Back To School 2021. Semua mereka dibantu melalui program Back To School anjuran Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM) berikutan cuti sesi persekolahan 2021 sudah pun bermula.
Asrama Darul Falah (ASDAF) telah ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 di bawah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). PERKIM telah memilih kanak-kanak dari kalangan masyarakat Asli untuk bersekolah di Bandar yang terdiri dari suku Semai, Bateq. Mahmeri, Semelai, Temuan dan Temiar. Kebanyakan daripada mereka adalah anak yatim dan datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Sumbangan yang diberikan kepada pelajar adalah berupa set baju sekolah, beg, serta kasut sekolah.
PGDM turut memberi sumbangan barangan makanan asas serta 100 pek makanan tengahari kepada pihak asrama untuk diberikan kepada para pelajar serta petugas ASDAF.
Presiden Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM), Mohamad Azfar Afandi Zulkfley berkata ini merupakan kali pertama program Back to School’ dianjurkan oleh PGDM dan berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
“Program ini merupakan usaha bagi membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan mereka meneruskan pendidikan bermula tahun baru persekolahan dengan gembira.
“Melalui program “Back To School PGDM” ini, kami harap ia dapat menjadi motivasi untuk pelajar ini berjaya dalam pendidikan mereka. Mereka adalah masa depan negara kita, mereka juga bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan,” tambah Azfar.