Pendaftaran Dibuka! Rebut Diskaun Eksklusif Larian Keluarga Malaysia 2025
KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2025 – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), kembali menggalas peranan sebagai Duta Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2025 untuk tahun kedua berturut-turut.
Penganjuran LKM 2025 kali ini dijangka lebih meriah dengan penglibatan ribuan peserta dari seluruh negara. Khairy menekankan bahawa larian bukan sahaja berkait rapat dengan gaya hidup sihat, tetapi juga sebagai wadah mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Larian Keluarga Malaysia bukan sekadar acara sukan, ia adalah simbol solidariti dan kebersamaan. Tahun ini saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan turun padang untuk berlari sambil menyumbang,” kata beliau.
Orang ramai boleh mendaftar melalui checkpoints pot, imbas kod QR yang disediakan, atau klik pautan rasmi di bio. Bagi mereka yang ingin berjimat, kod promosi KSLKM20 boleh digunakan untuk mendapatkan potongan harga pendaftaran sebanyak 20 peratus.
Dengan slogan “Ayuh Keluarga Malaysia, Jom Berlari Sambil Menyumbang!”, acara ini diharapkan mampu menjadi platform perpaduan dan amal yang paling berimpak pada tahun 2025.

#LarianKeluargaMalaysia2025 #KeluargaMalaysia #KhairyJamaluddin #LKM2025 #JomLari #SolidaritiMalaysia #SihatBersama #KJFit #BerlariSambilMenyumbang #RunForUnity