KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2025 — Suasana di Mahkamah Tinggi pagi ini berubah tegang apabila Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama Dato’ Seri Najib Razak, secara mengejut menuntut agar anak guamnya “dilepaskan dan dibebaskan serta-merta” dalam kes 1MDB-Tanore yang kini memasuki fasa hujahan akhir.

Prosiding bermula pada jam 8.30 pagi berjalan lancar, namun terhenti tengah hari bagi memberi ruang kepada Dato’ Seri Najib menunaikan solat Jumaat di Kajang. Hakim kemudian menetapkan sambungan perbicaraan pada Selasa depan, hanya untuk sesi pagi, bagi memberi peluang pembelaan menutup hujah dan pendakwaan menjawab isu baharu sahaja.

“Tiada Kes Terhadap Najib, Lepaskan Sekarang” – Shafee

Dalam hujahan pagi tadi, Tan Sri Shafee membuka gelanggang dengan menyoal kesahihan keterangan “hearsay” (dengar cakap) yang dikemukakan pihak pendakwaan. Merujuk kepada kes rujukan antarabangsa PP lwn Subramaniam, beliau berhujah bahawa pendakwaan telah menyalahgunakan prinsip undang-undang tersebut.

Namun, lima minit kemudian, mahkamah dikejutkan dengan kenyataannya:

“Yang Arif, hujahan saya ini sudah cukup untuk Yang Arif merumuskan hari ini juga bahawa tiada kes terhadap Dato’ Seri Najib Razak, dan beliau wajar dilepaskan serta dibebaskan serta-merta!”


Menurut Shafee, kenyataan itu berpaksikan kepada pengakuan pihak pendakwaan sendiri semalam bahawa mereka “tidak berminat membuktikan” sama ada Dato’ Seri Najib memberikan arahan kepada Jho Low, sebaliknya hanya mahu menunjukkan “keadaan minda” saksi seperti Shahrol Azral dan Jasmine Loo.

Katanya, tanpa bukti langsung bahawa Najib memberi arahan curang atau salah, elemen utama kes gagal dibuktikan, maka tiada sebab anak guamnya perlu terus dibicarakan.

“Prinsip Rekaan” Pendakwaan Dikritik

Dalam hujah seterusnya, Shafee mengecam konsep “top-down” dan “mirror image” — di mana Jho Low kononnya menjadi “bayangan” kepada Najib — sebagai prinsip rekaan tanpa asas undang-undang.

“Dalam undang-undang korporat, wujud konsep alter ego atau the thinking mind bagi syarikat. Namun, pendakwaan tidak mampu membuktikan Dato’ Seri Najib sebagai alter ego 1MDB. Sebaliknya, mereka mencipta teori sendiri untuk menghubungkan beliau dengan operasi syarikat,” jelas Shafee.


Isu Surat Sumbangan Arab Saudi Kembali Panas

Hujahan turut menyentuh surat sumbangan Arab Saudi, di mana pendakwaan sebelum ini mendakwa surat keempat dipalsukan pada 2015 di London. Shafee bagaimanapun membalas dengan memetik mesej BBM antara Joanna Yu dan Jho Low, menunjukkan bahawa surat tersebut sebenarnya telah pun dimiliki Ambank sejak Jun 2014.

Kesimpulannya, kata beliau:

Keterangan Jasmine Loo tidak boleh dipercayai.

Ambank memang sudah memiliki semua surat sumbangan sebelum dana dimasukkan.

Menanti Letupan “Mercun” di Hari Selasa

Dengan hujah yang semakin tajam di kedua-dua belah pihak, semua mata kini tertumpu kepada Selasa, 4 November 2025, apabila pembelaan dijangka menutup hujah terakhir mereka. Penganalisis undang-undang menjangkakan hari itu bakal menjadi detik “mercun besar” dalam kes berprofil tinggi yang terus memecah tumpuan nasional ini.

#1MDB #NajibRazak #TanSriShafee #MahkamahTinggiKL #IsuSemasa #PolitikMalaysia #KeadilanUntukNajib #BreakingNewsMalaysia #KesBerprofilTinggi #SelasaLetupan

Leave a Reply